Dato’ Awie Respon Isu ‘Babak Panas’, Zul Ariffin Selesai 2 Jam Beri Keterangan & Kongsi Sesuatu Di IG

Pelakon sensasi Zul Ariffin mengesahkan sudah selesai memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin berk0ngsi perkara tersebut menerusi InstaStory sebentar tadi.

“Hari ini saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada pihak MCMC berhubung siasatan berkaitan penerbitan drama bertajuk Perempuan Itu,” tulisnya ringkas.

Pagi tadi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan dalam Twitter berkata, Zul akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip video ‘panas’ dalam laman sosialnya baru-baru ini.

Tan Sri Annuar berkata, pelakon itu akan dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut sebelum tindakan undang-undang diambil.

Artikel Berkaitan: Babak Panas MenyaIahi Undang-Undang, ZuI Ariffin Akan Disiasat, Ini Huk0man Bakal Diterima

Terdahulu, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31 itu memuat naik klip tersebut yang dikatakan merupakan teaser drama bersiri Perempuan Itu, lakonan bersama pelakon, Siti Hariesa.

Klip tersebut bagaimanapun menerima ‘kecaman’ ramai apabila memaparkan aksi-aksi sensuaI Zul Ariffin menanggaIkan baju dan mendukung pelakon wanita berkenaan.

Zul Ariffin boleh menolak, tetapi dia memilih ‘sedap’ – Dato’ Awie

“Benda boleh menolak, tetapi dia (Zul Ariffin) memilih ‘sedap’. Pada saya dia menconteng arang pada industri yang berkonsepkan Islam”.

Demikian respons pelakon dan penyanyi rock tanah air, Dato’ Awie apabila ditanya mengenai isu sensasi pelakon filem Sangkar itu, yang memuat naik klip video babak sensuaI di laman sosial baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan Zul Ariffin itu disifatkan sebagai menconteng arang pada industri hiburan tanah air dengan memaparkan aksi-aksi ranjang yang sama sekali tidak sesuai dengan norma negara ini.

“Itu dia gatal sebenarnya, benda boleh ditolak tetapi dia memilih sedap, dia terimalah benda itu kan (kritikan dan tindakan undang-undang).

“Bagi saya, dia telah menconteng arang kepada industri yang berkonsepkan Islam, pada pandangan saya dari sudut Islamik tidak eloklah kerana kita nampak ia sebagai satu aksi ranjang,” katanya pada sidang akhbar Raikan Cinta Ramadan Wings di Hotel Lacrista, Banda Hilir di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dato’ Awie berkata, babak lakonan dengan elemen sedemikian juga merupakan pilihan yang dibuat oleh pelakon dan pengarah itu sendiri.

“Antara mereka mahu memasukkan unsur-unsur Islamik atau tidak dalam lakonan, kalau tidak mereka nak go (jadi) profesional, huk0mannya tiada, dia akan all out.

“Kalau dia masukkan sudut Islamik ini, maka ada huk0m-huk0m yang mereka perlu, kalau boleh pengarah-pengarah khususnya mainkan peranan seeloknya untuk adakan metafora yang sesuai,” tegas vokalis Wings itu. – Sumber dipetik dari Utusan

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Dato’ Awie Respon Isu ‘Babak Panas’, Zul Ariffin Selesai 2 Jam Beri Keterangan & Kongsi Sesuatu Di IG"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*