Netizen Tergamam Ifa Raziah Berhabis Lebih RM100,000 Beli Emas

Sebut saja nama Ifa Raziah, pasti ramai tahu sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi dangdut itu oleh netizen di media sosial.

Baru-baru ini, tular video dia media sosial memaparkan penyanyi berusia 47 tahun itu berbelanja lebih RM100,000 di sebuah kedai emas.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Kedai Emas Rozita di aplikasi TikTok, kelihatan Ifa sedang sakan mencuba emas yang ingin dibeli di kedai emas tersebut.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tergamam dengan jumlah wang dibelanjakan oleh penyanyi itu untuk membeli emas.

Tidak kurang juga, ramai yang teruja serta meluahkan rasa syukur di atas rezeki dimiliki Ifa sehingga mampu membeli emas dengan harga tersebut.

SUMBER: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Netizen Tergamam Ifa Raziah Berhabis Lebih RM100,000 Beli Emas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*