Babak Panas MenyaIahi Undang-Undang, ZuI Ariffin Akan Disiasat, Ini Huk0man Bakal Diterima

Pelakon popular Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 berikutan isu klip video memaparkan babak panas yang dimuat naik di media sosial pada Sabtu lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan perkara tersebut menerusi satu ciapan di laman Twitter hari ini.

Menurut Annuar, pelakon berusia 36 tahun itu bertindak memuat naik posting yang telah menyalahi undang undang sedia ada.

“Proses undang undang berjalan. Pelakon Zul Ariffin akan disia sat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana posting YouTube yang menyalahi undang-undang,” tulisnya.

Tan Sri Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menegaskan, babak seperti dipaparkan dalam klip video berkenaan tidak akan dibenar untuk disiarkan pada bulan Ramadan atau bulan lain.

“Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” katanya.

Terdahulu, rakaman berdurasi 23 saat itu memaparkan Zul Ariffin melakonkan beberapa babak panas dengan pelakon baru, Siti Hariesa termasuk merangkul dan menggend0ng wanita itu dari depan sehingga menerima kcaman hebat. – Sumber dipetik dari DB, OMM, Twitter Annuar Musa

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Babak Panas MenyaIahi Undang-Undang, ZuI Ariffin Akan Disiasat, Ini Huk0man Bakal Diterima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*