“Mesra berdua di konsert Coldplay,” peminat pers0al status Aedy Ashraf & Daiyan Trisha

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila hubungan pasangan kekasih selebriti, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dikatakan sudah berakhir selepas mereka memuat naik ciapan sedih di laman Twitter. Tidak cukup dengan itu, mereka juga dilihat ‘unfollow’ media sosial masing-masing.

Terbaharu, perkongsian pelakon Aedy Ashraf di laman Instagram miliknya bersama penyanyi, Daiyan Trisha telah menarik perhatian warganet.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Aedy dan Daiyan dilihat sedang asyik menyanyi bersama di sebuah konsert kumpulan Britain, Coldplay di stadium Wembley, London.

Bagaimanapun, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai bertanya status hubungan mereka berdua yang dilihat seperti pasangan kekasih.

Malah, ada yang meluahkan kekecewaan dan rasa lucu apabila mengimbau kembali momen Aedy melamar bekas kekasihnya, Amelia Henderson di depan pentas ketika menjayakan Absolut Food Festival 2022 beberapa bulan yang lalu.

Selain itu, ramai meninggalkan komen mengenai suasana konsert Coldplay yang dikongsikan oleh Aedy dengan mengatakan ia adalah konsert sebenar jika hendak dibandingkan dengan persembahan Billie Eilish yang berlangsung semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

 

Sumber: Instagram @aedyxashraf

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: GENG KEPOH

Be the first to comment on "“Mesra berdua di konsert Coldplay,” peminat pers0al status Aedy Ashraf & Daiyan Trisha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*