[VIDEO] “Balik Sekolah Pergi ‘Rumah’ Ibu Boleh?” Anak Buah Mahu Ke Pusara Ibu Lepas Sekolah Buat Wanita Ini Sebak

Diduga dengan pemergian orang tersayang, bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula apabila anak-anak masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang dari insan yang bergeIar ibu atau bapa.

Walaupun telah pergi, namun perasaan rindu pada insan tersebut pastinya sangat berat namun hanya mampu melawat ke pusaranya sahaja.

Persis dengan kisah kali ini di mana seorang kanak-kanak kecil yang pertama kali memasuki sekolah ingin ke pusara ibunya selepas tamat hari persekolahan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sweetiepi418 dikenali sebagai Emylia, kelihatan anak buahnya itu masuk sekolah buat pertama kali.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Menurut wanita itu, anak buahnya yang mesra dipanggil Hana meminta dia untuk melawat pusara ibunya selepas pulang dari sekolah nanti.

Namun begitu, perkara itu dituruti oleh Emylia asalkan anak buahnya itu tidak akan menangis di sekolah.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut ingin memaklumkan pada arwh ibunya bahawa dia telah mula bersekolah apabila pulang dari sekolah nanti.

“Sebak.. arini acu & baba temankan hana ye. Alfatihah untuk ummi hana..mesti umi bangga tengok hana tak nangis pun pergi sekolah. Hana cakap balik nanti nak jumpa umi bagitahu dia dah sekolah” – tulis Emylia di ruangan kapsyen video TikToknya.

Ketika ini, video tersebut telah meraih 263K tontonan, 20K tanda suka, 435 komen dan 134 perk0ngsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet sebak dengan video perk0ngsian tersebut dan ada juga menyifatkan bahawa kanak-kanak berkenaan rindu akan arwh ibunya.

Dalam pada masa yang sama, para warganet juga turut menitipkan doa agar kanak-kanak itu berjaya dunia dan akhirat kelak.

Antara komen para warganet:

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

Sumber & video dipetik dari YN, TikTok @sweetiepi418

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] “Balik Sekolah Pergi ‘Rumah’ Ibu Boleh?” Anak Buah Mahu Ke Pusara Ibu Lepas Sekolah Buat Wanita Ini Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*