Izara Aishah Tegur Netizen Lagakan Neelofa & Fazura

Pasti ramai tahu, netizen di media sosial suka membuat perbandingan serta membangkitkan isu mengenai dua selebriti popular ini iaitu Neelofa dan Fazura.

Perbandingan dibuat itu sekaligus mencetuskan perdebatan diantara peminat. Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Izara Aishah yang meminta netizen menghentikan tabiat suka melaga-lagakan dua pihak terbabit.

Kata Izara lagi, isu berlaku bukannya kerana salah faham diantara dua selebriti itu tapi ia dicipta sendiri oleh para peminat kedua selebriti berkenaan.

Izara turut meluahkan rasa hairan apabila ada netizen yang suka berjenaka serta menggunakan nama kedua selebriti itu untuk dijadikan konten.

 

Dalam pada itu, Izara berkata netizen terpaksa menjawab di akhirat kelak atas tuduhan fitnah yang dilemparkan jika selebriti tersebut tidak mempunai niat seperti yang didakwa netizen. 

“Kalau niat Kak Faz post takde kena mengena dengan apa yang netizen dok cakap ni, mampos netizen nak jawab kat sana,” tulisnya.

Baru-baru ini tular video dimuat naik di TikTok apabila ada peminat mendakwa Fazura meniru fesyen Neelofa. Malah,  ada netizen mendakwa setiap kali ada berita mengenai Fazura pasti Neelofa akan membuat satu topik agar ceritanya disiarkan.

SUMBER: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Izara Aishah Tegur Netizen Lagakan Neelofa & Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*