“Eh silap2…”- Dilihat salah sangka Neelofa kembali jadi hos, netizen tampil betulkan

Baru-baru ini, peminat setia rancangan hiburan popular, MeleTOP dapat menyaksikan kemunculan buat pertama kali pengacara dan penyampai berita yang dikenali sebagai Hawa Rizwana selepas beberapa kali tular di media sosial.

Buat yang masih ingat, Hawa Rizwana pernah viral dan menjadi tumpuan orang ramai kerana wajahnya itu dikatakan mempunyai iras dengan bekas hos MeleTOP dan usahawan, Neelofa dimana dia juga digelar sebagai kembarnya. Justeru itu, melihatkan kemunculan Hawa Rizwana di rancangan MeleTOP tentu sahaja menjadi tumpuan di media sosial.

IMG_20220908_091526

Hawa

Walau bagaimanapun, ternyata satu muat naik oleh seorang individu ini juga mencuri tumpuan netizen selepas perkongsiannya ini dikongsikan momen Hawa Rizwana ketika menjadi hos manakala abang-abang Bomba pula menjadi tetamu. Berada di samping pengacara tetap, Nabil Ahmad nampaknya individu ini dilihat seperti tersalah sangka dia adalah Neelofa.

Mungkin kerana mirip namun netizen juga hadir diruangan komen perkongsian rakaman video pendek ini bagi membetulkan bahawa bukanlah Neelofa yang kembali jadi hos tetapi dia adalah Hawa Rizwana.

Perkongsian akaun mosamad19 terbabit yang disertakan dengan kapsyen, “Beliau kembali, baru meriah meletop,” tersebut ditinggalkan pelbagai komen dan ada yang menganggap ia mungkin sekadar content sahaja daripada pemilik akaun itu.

“Tu bukan Neelofa la”

IMG_20220908_091612

“Bukan Neelofa tapi ramai kata Neelofa”

Hawa

“Content je tu…”

IMG_20220908_091659

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "“Eh silap2…”- Dilihat salah sangka Neelofa kembali jadi hos, netizen tampil betulkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*