Nabil Ahmad Rugi RM2,540, Terlepas Tarikh Konsert Billie Eilish

Pasti ramai tahu semalam berlangsungnya konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rata-rata mereka yang ke konsert ‘Billie Eilish Happier Than Ever, The World Tour 2022’ itu teruja berkongsikan persembahan secara langsung itu meskipun ada cerita tak sedap didengar mengenai konsert berkenaan.

Namun, lain pula cerita pengacara dan pelawak Nabil Ahmad yang terduduk apabila menyedari sudah terlepas konsert berkenaan.

Difahamkan, Nabil sudah membeli lima keping tiket yang setiap satunya berharga RM508 untuk membawa isteri dan tiga anaknya ke konsert berkenaan.

Bagaimanapun, Nabil menyedari dia tersilap tarikh kerana menyangka konsert Billie Eilish itu akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 18 hingga 19 Ogos 2022. Turut kedengaran, Nabil menghubungi isterinya untuk memaklumkan mengenai perkara yang tidak disengajakan itu.

“Yang (panggilan isteri)! Billie Eilish tu semalam saja, mana ada hari ini. Awak tengok dekat tiket tu, 18 haribulan. Lailahaillallah.. Memang Allah tak izin, senang cerita,” katanya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat mungkin Allah melindungi pelakon itu daripada hadir ke tempat hiburan serta dari perkara lagha.

SUMBER;ROTIKAYA

Be the first to comment on "Nabil Ahmad Rugi RM2,540, Terlepas Tarikh Konsert Billie Eilish"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*