[VIDEO] “Muka ‘Ganas’ Siap Bertatoo..” Lelaki Cina Nyanyi Lagu Jiwang Gara-Gara ‘Broken Heart’ Raih Perhatian

Lumrah kehidupan, ada kalanya kita sebagai manusia terpaksa menghadapi fasa sukar di mana hadirnya satu perasaan sedih yang tidak mampu untuk digambarkan.

Apatah lagi bila berpisah dengan orang tersayang, pastinya perasaan bercampur baur sedih, gusar dan bermacam lagi. Pada saat ini, kita merasakan seolah-olah semua lagu ‘kena’ dengan apa yang kita hadapi. Setiap bait lirik ibarat menceritakan semula apa yang telah kita lalui.

Sebab itulah terkadang ada yang betul-betul menghayati sesebuah lagu kerana jalan ceritanya persis dengan apa yang telah berlaku dalam kehidupan seseorang.

Sama juga dengan kisah yang tuIar baru-baru ini di mana seorang lelaki Cina menyanyikan lagu jiwang kerana sedang bersedih telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @abeyjoe0, kelihatan seorang lelaki sedang berada di dalam kereta sambil memegang ais krim.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia menyanyikan lagu popular dari Indonesia iaitu ‘Cinta Sampai Mati’ nyanyian Raffa Affar dengan penuh penghayatan.

Tidak dinafikan, siapa yang mendengarnya pasti dapat merasakan satu perasaan sedih yang paling dalam apatah lagi bila lagu itu sangat terkenaldi TikTok kerana ramai yang menggunakan lagu tersebut jika disaat kesedihan.

Malah, dia dengan selamba menyanyikan lagu itu dengan tingkap terbuka sambil diperhatikan seseorang dari kereta.

Muka ganas dengan bertatoo nya lagi, rupanya dalam hati ada taman! best pula layan suara dia.

Ketika ini, video tersebut telah meraih 1.2M tontonan, 104.6K tanda suka, 2380 komen dan 1517 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruanga komen, rata-rata warganet turut dapat merasakan penghayatan yang dibawa saat menyanyikan lagu tersebut.

“Layan boss tak kira bangsa, terbaik” – Warganet

Dalam masa yang sama, ramai juga dikalangan warganet yang berk0ngsi pengalaman yang sama di mana mereka mempunyai kawan yang berlainan bangsa namun tetap layan lagu jiwang.

Antara komen warganet:

VIDEO Part 1:

👉 LINK VIDEO

VIDEO Part 2:

👉 LINK VIDEO

– Sumber & video dipetik dari YN, TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] “Muka ‘Ganas’ Siap Bertatoo..” Lelaki Cina Nyanyi Lagu Jiwang Gara-Gara ‘Broken Heart’ Raih Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*