Moh0n Bantuan Hari Raya 2022, i-Fitri Sehingga RM400 Buat Golongan B40 & M40

Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan berita baik mengenai pemberian dana sempena Hari Raya Aidilfitri ini terutamnya buat mereka yang tergolong dalam kategori B40 dan M40.

Bantuan dana raya, i-Fitri bernilai RM56 juta akan mula dibayar kepada 148,700  ketua isi rumah (KIR) yang layak di negeri berikut  mulai 17 hingga 23 April 2022.

Berikut merupakan maklumat lanjut permoh0nan bantuan i-Fitri dan jumlah bantuan yang akan diterima mengikut kategori yang ditetapkan.

Jumlah bantuan i-Fitri mengikut kategori

Bantuan tunai i-Fitri ini akan diberikan secara one-off mengikut kategori seperti berikut;

  • Isi rumah miskin (Pendapatan Isi Rumah TIDAK lebih RM2,500) – jumlah bantuan adalah RM400
  • Isi Rumah berpendapatan RM2,501 sehingga RM5,000 – jumlah bantuan adalah RM250

Tarikh permoh0nan bantuan i-Fitri

Bagi isi rumah yang berkelayakan, anda boleh membuat permoh0nan Bantuan i-Fitri 2022 sepanjang tempoh berikut;

  • Tarikh permoh0nan bantuan i-Fitri : 22 Mac sehingga 31 Mac 2022

Tarikh bayaran bantuan i-Fitri

Bantuan i-Fitri ini akan mula disalurkan pada pemoh0n yang berkelayakan pada;

  • 17 April sehingga 23 April 2022

Syarat permoh0nan

Permoh0nan bantuan i-Fitri ini adalah sah bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut, antaranya;

  1. Rakyat Terengganu yang menetap di Terengganu
  2. Jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK melebihi RM5,000 (termasuklah gaji dan elaun)
  3. Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT2020)
  4. Pengundi berdaftar di Terengganu
  5. Mereka yang TIADA slip gaji perlu kemasukan surat perakuan pendapatan disahkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)

Cara Moh0n i-Fitri

Individu yang berkelayakan boleh lah membuat permoh0nan secara online sehingga 31 Mac 2022 melalui laman sesawang berikut ibantuan.terengganu.gov.my

Sumber dipetik dari Xtra

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Moh0n Bantuan Hari Raya 2022, i-Fitri Sehingga RM400 Buat Golongan B40 & M40"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*