Tiz Zaqyah Menyanyi Bersama Khai Bahar, “Next Duet Please”

Pelakon yang mana karakter Nur dalam drama berjudul Nur Kasih, Tiz Zaqyah membawa namanya dikenali ramai. Ternyata bakat lakonan yang ada pada pelakon wanita ini sememangnya cukup dikagumi ramai.

Biarpun sudah lama berada dalam industri hiburan tanah air, namun Tiz Zaqyah masih memiliki barisan peminatnya yang tersendiri. Selain dari berlakon, Tiz Zaqyah juga turut berbakat menyanyi. Suara nyanyian Tiz Zaqyah agak unik dan memang boleh layan!

Malah baru-baru ini rakaman Tiz Zaqyah menyanyi bersama Khai Bahar yang juga bermain gitar telah meraih perhatian ramai. Dalam perkongsian itu dilihat Khai Bahar santai bermain gitar di bahagian depan. Belakangnya pula terlihat Tiz yang berada di atas katil sambil menyanyi.

Memang santai habis mereka berdua ini! Berikut adalah perkongsian rakaman Tiz Zaqyah menyanyi bersama Khai Bahar ini:

Merdu menenangkan telinga mendengarkan suara nyanyian Tiz Zaqyah ini. Perkongsian rakaman tersebut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Khai Bahar ini telah mencuri perhatian warganet.

Muat naik ini telah meraih lebih 178 ribu tontonan dan 9,700 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang memuji dan kagum dengan suara pelakon wanita ini. Berikut antara yang diluahkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Suka giler dengan Tizz..Dia natural”

Screenshot at Aug 05 11-19-40

“Suara Tiz sedap serak2 basah”

Screenshot at Aug 05 11-19-22

“Sedap weh suara dia, cuma tak berapa ingat lirik jaa”

Screenshot at Aug 05 11-19-04

“Sedap suara Tiz serak basah..Next duet”

Screenshot at Aug 05 11-18-03

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Tiz Zaqyah Menyanyi Bersama Khai Bahar, “Next Duet Please”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*