‘Masih Terngiang-ngiang Suaramu lmamkan Solat..’ Hajat Danish Hafiz Masuk UiTM Tidak Kesampaian

Hasrat seorang pelajar Tingkatan 6 SMK Sulaiman Bentong menyambung pengajian ke UiTM tidak kesampaian apabila dia meninggaI dunia dalam kemaIangan jalan raya semalam.

Mngsa Muhammad Danish Hafiz Noridzulhata,18, meninggaI dunia dalam kemaIangan ketika pulang dari menyaksikan pertandingan sukan di SMK Sulaiman Bentong.

Sebak nukilan yang ditulis gurunya Cikgu Norazman Haji Abdullah. Pemergian seorang pelajar yang sangat bijak dan penuh ilmu agama.

Dia daftar masuk asrama 25 Julai 2022 sebab nak sambung belajar di Tingkatan 6 kat Smk Sulaiman ni, Tinggal di Simpang Pelangai bersekolah di Smk Seri Bentong sebelum ni.

Malam kedua di asrama dia imamkan solat maghrib dan isyak kami warga asrama, Maaf cakap, masa tu macam tak kusyuk solat ku sebab terkjut dan teruja dengan bacaan Surah dia semasa solat.

Sangat menyentuh, sangat syahdu, Seusai solat, aku terus memuji .”Danish, sedapnya bacaan awak, saya rasa macam di bulan puasa solat terawih diimamkan oleh Pelajar tahfiz (Biasa bulan Ramadan kan imam solat terawih ialah pelajar -pelajar tahfiz).

Selain tu aku katakan pada dia “lepas ni cikgu tak risau dah nak cari pembaca doa untuk apa-apa majlis pun hari-hari selepas itu kami kerap berborak.

Namun “jodoh” kami warga asrama Smk Sulaiman dengan dia tak panjang sebab hari Ahad baru ni dia datang ambil barang-barang dia di asrama, katanya “cikgu saya dapat tawaran masuk UiTM Jengka untuk buat diploma pengurusan ladang, Bidang yang saya minat.

Aku senyum je then aku cakap “Kami kehiIangan awak Danish, apapun Selamat maju jaya, cikgu doakan yang terbaik untuk awak ”Dia terus baIas” Terima kasih cikgu sebab jaga saya dalam seminggu ni.(ya dia berada di asrama smk sulaiman hanya 5 hari sahaja).

Pagi tadi semasa kejohanan sukan , ehhh dia ada bersama kawan-kawan sekampung dia yang merupakan bekas pelajar SMK Sulaiman.

Dia melambai dan bertegur sapa Aku sempat kata ” Wow…bagusnya awak, walaupun hanya seminggu jadi pelajar Smk Sulaiman tapi tetap sudi nak datang jauh -jauh untuk tengok sukan sekolah ni”.

Dia hanya senyum je, Tetiba Petang ni Aku dapat msg, “Cikgu man, ingat danish tak? Pelajar yang keluar asrama minggu lepas tu?.

Dia kemaIangan meninggaI, Allahuakbar, Innalillahiwainnailaihirajiun, KemaIangan yang membawa kepada pemergian itu adalah diperjalanan dia nak balik ke rumah dia dari Smk Sulaiman untuk melihat kejohanan sukan.

Aku ambil masa lebih sejam untuk menulis posting ni, sebenarnya tak nak tulis tapi hati aku memaksa aku agar menulis, Danish, Danish Allah benar sayang kamu, Allah jmput kamu diusia semuda ini.

Kenal dia hanya seminggu namun rasa macam dia anak murid aku bertahun dah, Sangat baik orangnya, Ya Allah Ya Tuhan ku..Yang Maha penyayang lagi Maha mengasihani.

Tempatkan lah arwh dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat serta kasih sayang Mu, Al-fatihah, Aaminn Ya Rabbal Alaminn, Sesungguhnya mati itu benar bila masa nya adalah rahsia Allah – Cikgu Norazman Haji Abdullah.

Turut merasai pemergian Adik Danish ialah Cikgu Nurul Hayati dari SMKSB, sebak apa yang ditulisnya.

Perkhabaran duka bagi kami warga SMKSB, satu kehilangan yang sangat dirasai.

Al Fatihah buat arwh anakanda Muhammad Danish Hafiz yg sangat soleh akhlaknya Ya Allah.

Engkau berilah keamp.unan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan ma.afkan kesaIahannya, Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk.

Engkau bersihkannya daripada k0toran d0sa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekot0ran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kbur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab nraka – Nurul Hayati.

Saya difahamkan anak ini amat baik peribadinya dan sangat disenangi oleh ramai orang. Semoga Allahyrham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah seikhlasnya – DS Joe.

Sama sama kita doakan agar dipermudahkan urusan arwh adik Muhammad Danish Hafiz, moga ibunya Puan Ayuwati Nongzali serta keluarga tabah dengan ujian yang amat berat ini, Al fatihah. – Sumber dipetik dari DB

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Masih Terngiang-ngiang Suaramu lmamkan Solat..’ Hajat Danish Hafiz Masuk UiTM Tidak Kesampaian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*