Ramai Kata Adi Putra Miliki Raut Wajah Serius, Jawapannya Buat Peminat ‘Cair’!

Nama pelakon lelaki ini nampaknya semakin hari makin menjadi bualan ramai. Adi Putra adalah anak seni yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Seorang pelakon berbakat, namanya semakin meningkat naik selepas kejayaan filem Mat Kilau yang kini masih ditayangkan di pawagam.

Selaku pelakon utama, sudah tentunya figura ini menjadi perhatian warganet. Biarpun sebelum ini pelbagai drama pernah dibintanginya. Namun penangan karakter Mat Kilau yang dibintanginya, sambutan sangat luarbiasa sekali.

Malah ada yang meluahkan pendapat bahawa Adi Putra miliki raut wajah serius dan sukar untuk senyum. Disebabkan pendapat itu, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan Adi Putra jelaskan raut wajah serius dimilikinya.

“Ramai yang kata raut wajah saya serius dan sukar senyum. Tapi hati saya sentiasa senyum sebab…”, kata Adi Putra.

Korang saksikan sendiri jawapan Adi Putra dalam perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya:

Apa-apa pun perkongsian rakaman Adi Putra jelaskan miliki raut wajah serius tersebut meraih lebih 300 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Kadang2 bila abang buat lawak, saya pun tak tahu abang buat lawak ke abang marah..Haha”

Senyuman Adi Putra 5

“Jangan senyum sangat lah dato..Gula pun kalah”

Senyuman Adi Putra 4

“Alah2 okla tu, senyum selalu”

Senyuman Adi Putra 3

“Sebabtu suka tengok cerita Teduhan Kasih dengan Si Wedding Planner. Banyak benor senyumannya eceh”

Miliki Raut wajah serius 2

“Elelele..Manis betul senyuman Abang Kilau. Senyuman isteri abang pun tersangat la manis..Couple yang comel”

Miliki Raut wajah serius 1

 

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Ramai Kata Adi Putra Miliki Raut Wajah Serius, Jawapannya Buat Peminat ‘Cair’!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*