Muzik Video Cecah 4 Juta Tontonan, Casablanca Bakal Ada Versi Arab Sepenuhnya

‘Denyut jantung ku berdebar..’, lirik lagu ini seakan bermain-main dalam fikiran bila pertama kali mendengarkannya. Apatah lagi bila lagu ini menjadi tular di TikTok apabila ramai yang menggunakannya sebagai muzik latar video mereka.

Lagu dengan judul Casablanca ini adalah nyanyian asal Nuha Bahrin dan Naufal Azrin. Uniknya mengenai runut bunyi ini adalah liriknya yang menggabungkan bahasa melayu dan bahasa arab.

Diakui bukan mudah untuk menyanyikan lagu Casablanca kerana bahasa yang digunakan, namun kedua penyanyi baru ini dapat membawakan dengan baik sekali.

Muzik video Casablanca yang baru sebulan dimuat naik di Youtube, sehingga ke hari ini telah berjaya meraih lebih 4 juta tontonan. Bagaimanapun menerusi laporan Gempak, tak lama lagi lagu Casablanca bakal ada versi Arab sepenuhnya.

Casablanca versi arab sepenuhnya 1

Kedua penyanyi ini memberitahu lagu tersebut diterima baik oleh beberapa buah negara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei. Sususlan itu, lagu Casablanca bakal ada versi Arab sepenuhnya dan akan diperdengarkan pada Ogos.

Selain itu mereka berharap lagu dalam versi Arab sepenuhnya itu dapat ‘memikat’ pendengar dari Timur Tengah pula. Untuk info, lagu Casablanca ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Daqmie dan ia mula menjadi perhatian ramai apabila tular di aplikasi TikTok.

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Muzik Video Cecah 4 Juta Tontonan, Casablanca Bakal Ada Versi Arab Sepenuhnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*