[VIDEO] “Apa Yang Boleh Saya Katakan….” – Rumah Tangga Didkwa BergoIak, Noh Salleh Buka Mulut

“Fake news, semua kena tipu.”

Demikian kenyataan ringkas vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengenai desas desus keretakan rumah tangganya bersama selebriti Mizz Nina.

Mengakui terkejut dengan g0sip yang sedang bertebaran di serata media sosial, Noh baru sahaja dimaklumkan mengenai berita tersebut oleh wakil pengurusnya.

“Entahlah, tiada komen. Semua kena tipu.. Good luck.

“Saya baru dimaklumkan oleh wakil pengurusan mengenai gosip yang timbul ini. Tak sangka ada cerita begini pula yang timbul.

“Apa yang boleh saya katakan itu adalah berita paIsu,” ujar Noh.

“Tak ada makna pada saya. Saya keluar untuk menonjolkan karya dan seni saya, bukan menjual perkara peribadi,” jelasnya kepada XTRA.

Belum dikurniakan rezeki memiliki cahaya mata, mereka mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Musa yang dianggap satu anugerah terindah daripada Allah SWT.

Menurut Noh, dia hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak, kerjaya dan tidak mahu kisah peribadinya menjadi perhatian.

Menceritakan pengalaman menjadi seorang bapa, Noh mengakui perasaan yang dilaluinya itu sangat luar biasa.

“Perkataan cinta dan kasih sayang itu pada anak melebihi segalanya, berada di tahap langit. Saya baru sedar perkara itu.

“Anak saya semakin sihat alhamdulillah, itu yang paling utama.

“Sekarang ini saya dan isteri lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa akan kami melakukan pemeriksaan,” ujarnya.

VIDEO:

 

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. – Sumber & video dipetik dari Xtra

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] “Apa Yang Boleh Saya Katakan….” – Rumah Tangga Didkwa BergoIak, Noh Salleh Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*