Kenali Centaurus, Subvarian Baharu C0VID-19 Yang Didkwa Lebih Cepat MenuIar

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan penemuan subvarian 0micron baharu yang dipanggil Subvarian Centaurus BA.2.75.

Subvarian baharu ini telah menarik perhatian pakar dari semua negara kerana sehingga kini varian 0micron terus bermutasi dan menyebabkan potensi penuIaran yang tidak diketahui bila akan berakhir.

WHO kini telah memasukkan subvarian baharu ini ke dalam kategori VOC-LUM, iaitu singkatan kepada Variant of Concern (VOC) Lineage Under Monitoring (LUM) – atau dalam erti kata mudah, varian dalam kategorikan membimbangkan dan mendapat perhatian umum oleh pakar.

Pada masa ini, senarai VOC-LUM merangkumi pelbagai subvarian 0micron iaitu BA.2.12.1, BA.2.9.1, BA.2.11, BA.2.13 dan BA.2.75. Selain itu, terdapat juga dua keturunan subvarian BA.1 dan BA.2 0micron iaitu daripada BA.4 dan BA.5.

Bagaimanapun, bagi Centaurus, WHO melaporkan agak sukar untuk mengesan subvarian baharu ini kerana hanya terdapat kira-kira 200 jujukan genom BA.2.7.5 dari 14 negara. WHO sendiri akui bahawa pemahaman organisasi itu tentang subvarian baharu ini agak terhad.

Menurut laporan Fortune, subvarian Centaurus ini telah tersebar luas di India dan pertama kali direkodkan di negara tersebut pada awal Jun 2022, bersaing dengan subvarian BA.5 0micron di seluruh dunia.

Tambahan pula, India melaporkan bahawa 23 peratus sampel C0VID-19 yang disusun sejak awal Julai oleh GISAID merekodkan penemuan subvarian baharu ini.

Saintis di sana menyatakan bahawa subvarian baharu ini lima kali lebih berjngkit daripada varian asal. Ini berlaku selepas pihak berkuasa kesihatan India merekodkan peningkatan jngkitan C0VID-19 daripada 15,000 kepada 19,000 dalam tempoh 10 hari lalu. – Sumber dipetik dari The V0cket

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Kenali Centaurus, Subvarian Baharu C0VID-19 Yang Didkwa Lebih Cepat MenuIar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*