Johan Di Stadium Bola Sepak Curi Perhatian, “Lawaklah..Sokong Sabah Dia”

Sebut sahaja nama Johan pastinya ramai yang dapat bayangkan suara dan lawaknya. Seorang pelawak yang cukup dihormati ramai kerana keperibadiannya, kehadiran Johan di mana juga pastinya mencuri perhatian.

Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsian video memaparkan kehadiran Johan di stadium bola sepak telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Menerusi rakaman pertama dipaparkan Johan berada di tempat duduk penonton dan nampak sangat bersemangat.

Manakala satu lagi perkongsian rakaman dipaparkan Johan membuat ‘ombak’ bersama penonton lain. Berikut adalah perkongsian rakaman gelagat Johan di stadium bola sepak yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun siichiuuu ini:

Difahamkan semalam telah berlangsungnya acara perlawanan JDT bertemu pasukan bola Sabah. Kedua-dua rakaman ini meraih lebih 200 ribu tontonan dan ratusan likes. Apa-apa pun gelagat kelakar dan sempoi Johan ini telah menerima pujian ramai.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini seperti berikut:

“Sejak Johan dah tak jadi DJ radio..Free memanjang”

Screenshot at Jul 16 10-55-24

“Relex2 suda la kan..Terima kelemahan kita..Esok2 kita upgred lagi percaturan”

Screenshot at Jul 16 10-55-08

“Johan uiii mak jemah..Datang jugak dia”

Screenshot at Jul 16 10-54-39

“Johan tak pernah tak lawak”

Screenshot at Jul 16 10-54-16

“Tapi sayang..Dia datang tak ngam taiming..Ngam2 gaduh2 plak sana hahaha bikin malu tu yang buat hal tu”

Screenshot at Jul 16 10-53-50

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Johan Di Stadium Bola Sepak Curi Perhatian, “Lawaklah..Sokong Sabah Dia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*