Sopan Sungguh Dia. Makan Sambil Ditemani Anak Kucing Disebelah, “Kalau kucing Lain mcmane lah agaknya”

Bagi pemilik kucing, ada kalanya telatah kucing boleh memeningkan kepala anda terutamanya jika mereka menganggu anda semasa makan. Namun lain pula dengan gelagat seekor anak kucing ini yang sangat tenang duduk di riba pemiliknya semasa lelaki itu sedang makan.

Bukan sahaja sangat tenang malah anak kucing itu juga langsung tidak mengganggu pemiliknya itu makan berbeza dengan kucing lain. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari dua juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang menjamu selera sambil ditemani anak kucingnya itu. Malah turut dapat dilihat, anak kucing itu yang duduk di atas ribanya semasa lelaki itu sedang asyik menjamu selera.

Dalam masa yang sama, anak kucing itu juga hanya duduk sahaja memerhatikan lelaki itu makan dan langsung tidak mengganggunya. Walaupun lelaki itu menggerakkan tangannya untuk mengambil makanan, anak kucing itu hanya memerhatikannya sahaja dan tidak bergerak dari situ.

Melihatkan pada reaksi tenang anak kucing itu, ramai pula yang turut ‘geram’ melihat kecomelannya ini. Menurut netizen, biasanya kucing mereka cukup pantang melihat mereka makan dan pasti akan mengganggu makanan yang dihidangkan itu.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen turut memuji kelakuan baik anak kucing itu. Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh kucing mereka pastinya akan terus memanjat meja tersebut berbeza dengan reaksi tenang anak kucing ini.

Antara komen menarik dari netizen :

 

SUMBER: I MUSLIM NETWORK

Be the first to comment on "Sopan Sungguh Dia. Makan Sambil Ditemani Anak Kucing Disebelah, “Kalau kucing Lain mcmane lah agaknya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*