[VIDEO] ‘Hukuman Berat’ Menanti Ibu Bapa Jika Benarkan Anak Memandu Tanpa Lesen

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menyarankan agar ‘hukuman berat’ dikenakan kepada golongan ibu bapa yang membenarkan anak atau remaja di bawah umur memandu kenderaan tanpa lesen.

Beliau bersetuju ‘hukuman berat’ itu dilaksanakan bukan sahaja terhadap pemandu bahkan pemilik kenderaan yang cuai sehingga menyebabkan kcederaan kepada mana-mana pihak.

Selain itu, langkah yang diambil ini dirasakan perlu bagi memastikan kes kemaIangan membabitkan pemandu bawah umur tanpa lesen tidak berulang.

Ini berikutan berlakunya kejadian seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ‘merempuh’ dua pekerja mesin rumput hingga seorang daripadanya terk0rban dalam kemaIangan di Jalan Pintasan Semeling, Kuala Muda, Kedah pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada remaja yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.

Kejadian kemaIangan membabitkan remaja bawah umur memandu tanpa lesen bukan isu baharu di negara ini

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

VIDEO:

Sumber & video dipetik dari Sinar Harian, Youtube Buletin TV3

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Hukuman Berat’ Menanti Ibu Bapa Jika Benarkan Anak Memandu Tanpa Lesen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*