[VIDEO] Dapat Duit Raya Lebih RM14K, Neelofa & PU Riz Syukur Dengan Rezeki Bilal

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa dan pasangannya, Muhammad Haris Ismail meluahkan rasa terkejut atas hasil kutipan duit raya putera sulungnya, Muhammad Bilal yang mencecah sehingga RM14,020 sempena sambutan hari raya baru-baru ini.

Perk0ngsian tersebut dimuat naik oleh Neelofa menerusi akaun TikTok miliknya pada Isnin.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Menerusi hantaran tersebut, Neelofa dan Haris masing-masing sibuk mengira duit raya Bilal yang penuh dengan wang jumlah RM100.

Malah, Bilal turut menerima wang luar negara iaitu negara United Arab Emirates berjumlah 1,000 Dirham bersamaan dengan RM1,192.73.

“Alhamdulillah, jazakallahukkhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal.

“Sampai ada juga beri 1000 Dirham. Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” ujar Haris.

Menerjah ke ruangan komen video tersebut, ramai dalam kalangan warganet yang turut terkejut dengan hasil kutipan duit raya putera Neelofa dan Haris itu.

Ada dalam kalangan mereka yang sempat berseloroh dengan berkata duit KWSP pun kalah dengan duit raya Bilal.

Ketika artikel ini ditulis, video yang dik0ngsikan Neelofa itu sudah meraih 2 juta tontonan, lebih 5k komen dan 19k perk0ngsian semula.

Neelofa yang turut setia disamping suami turut tertawa kecil dan meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah kepada anaknya.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfirtri, Neelofa dan Haris pertama kali berk0ngsi sebuah gambar mereka sekeluarga di ruangan Instagram, namun wajah Bilal diletakkan emoji.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

VIDEO:

Bagaimanapun, menerusi hantaran tersebut ramai berteka-teki Bilal mempunyai raut muka yang sangat comel, gebu dan putih. – Sumber & video dipetik dari Xtra, Instagram & TikTok Neelofa

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Dapat Duit Raya Lebih RM14K, Neelofa & PU Riz Syukur Dengan Rezeki Bilal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*