“Selamat Hari lbu, Mak..” Ucapan Hari lbu Terakhir Adik Ain Sebelum MeninggaI Dunia

“Selamat Hari Ibu, mak..”. Itu ucapan terakhir Nur Ain Balqis Mohd Khair kepada ibunya, Hassilawati Salim, beberapa jam sebelum dia meninggaI dunia di rumahnya di Kampung Nelayan Aman Makmur, Tanjung Dawai, Merbok, Sungai Petani.

Nur Ain Balqis, 14 pesakit ‘kanser’ mata sejak berusia tiga bulan yang menyebabkan kedua belah matanya buta disahkan meninggaI dunia pada jam 11.30 pagi semalam.

Hassimawati, 46, berkata anak tunggaInya itu sempat meminta dia menggoreng ikan bilis yang juga untuk lauk kegemarannya itu.

“Kira-kira 10 minit selepas menggoreng ikan bilis, saya keluar untuk melihatnya sebelum mendapati Nur Ain dalam keadaan lemah malah mulutnya berbuih penuh air liur.

“Saya tak sngka ia permintaan terakhirnya sebab tak nampak petanda apa-apa walaupun kelihatan sihat seperti biasa cuma ada mengadu ‘sakit’ bahagian belakang bdan sejak akhir-akhir ini,” katanya hari ini.

Hassimawati turut terkilan kerana Nur Ain tidak sempat menikmati ikan bilis goreng kegemarannya.

Beliau berkata, suaminya, Mohd Khair Hassan 55, tiada di rumah kerana keluar bekerja sebagai nelayan.

“Kami tak sempat nak menunaikan hasratnya untuk melancong ke Langkawi dan Legoland kerana dia teringin sangat nak ke dua tempat itu selain meminta belikan gitar kerana dia nak belajar muzik seperti penyanyi kesayangannya, Iman Troye,” katanya.

Menurut Hassimawati, doktor sebelum ini menjangkakan hayat anaknya bertahan enam bulan namun tak sangka tak sampai sebulan arwh pergi buat selamanya.

Katanya, dia dan suaminya sempat membawa puteri kesayangan mereka bercuti ke Cameron Highlands dan arwh kelihatan sangat gembira ketika itu.

“Dialah penawar hati, duka lara kami berdua..Walaupun pelbagai ujian yang dihadapi, namun Allah lebih sayangkannya.

“Namun kami redha dengan ketentuan Allah cuma saya bersyukur kerana Allah permudahkan urusannya sehingga arwh selamat dikebumikan di Tanah Perkburan Islam Sungai Pasir jam 6.30 petang semalam,” katanya.

Hassimawati turut mengucapkan terima kasih kepada semua badan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan sumbangan sebelum ini dan pernah membantu anaknya sehingga ke akhir hayatnya.

Media pada 19 Jun tahun lalu pernah melaporkan kisah Nur Ain Balqis Mohd Khair yang dilahirkan normal mnderita akibat ‘kanser’ mata sehingga menyebabkan dia buta.

Salam takziah buat keluarga semoga tabah dan kuat hadapi dugaan kehilangan anak tersayang. Moga roh adik Nur Ain Balqis dicucuri rahmat. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, BH

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "“Selamat Hari lbu, Mak..” Ucapan Hari lbu Terakhir Adik Ain Sebelum MeninggaI Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*