[VIDEO] ‘Hari Raya Paling Kalut’ – Lihat Gelagat Rakyat Malaysia Terkejut Aidilfitri Datang Awal

Ramai terkejut sewaktu pengumuman Hari Raya Aidilfitri dibuat di layar televisyen semalam.

Ada sebahagian rakyat Malaysia yang sedang memandu pulang ke kampung, ada juga yang tengah solat terawih, sebahagian yang lain pula sedang sibuk membeli belah di saat-saat akhir.

Mana tidaknya, sebahagian daripada kita berkira-kira bahawa Aidilfitri tahun ini akan jatuh hari Selasa, namun tiada siapa sangka yang raya akan jatuh pada hari ini.

Keributan yang tidak disengajakan ini telah membuatkan penganut Muslim di Malaysia berada dalam keadaan panik.

Mereka yang masih ditempat kerja terus pulang ke kampung. Ada juga yang menyerbu pasar basah untuk mencari daging atau ayam untuk juadah esok. Manakala sebahagian terpaksa akur kerana tiket penerbangan mereka jatuh pada hari esok.

Berikut adalah gelagat rakyat Malaysia apabila diberitahu bahawa esok raya.

Apapun, selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat islam, maaf zahir batin. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Hari Raya Paling Kalut’ – Lihat Gelagat Rakyat Malaysia Terkejut Aidilfitri Datang Awal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*