[VIDEO] TuIar Murid Pertaruh Nyawa, Kerajaan Negeri Sabah Akan Segera Sediakan Bot

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan pegawai daerah Nabawan menghubungi Jabatan Ketua Menteri dengan segera bagi mendapatkan peruntukan membeli bot untuk murid pergi ke sekolah di daerah Nabawan.

Arahan tersebut dibuat selepas tuIar beberapa rakaman video sekumpulan pelajar sekolah rendah mempertaruhkan nyawa menyeberangi sungai dengan duduk di dalam tong dan berdiri di atas rakit untuk pergi ke sekolah.

VIDEO:

 

Penduduk di kawasan itu menyeberangi sungai dengan cara tersebut kerana jambatan di kawasan mereka telah dihanyutkan dalam satu kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Jika mereka memerlukan bot, kita (kerajaan negeri) akan meluluskan segera. Saya minta pegawai daerah menghubungi pejabat saya untuk mendapatkan peruntukan membeli bot itu.

“Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup juga komited untuk memastikan jambatan di kampung itu dibina semula,” kata Datuk Seri Hajiji.

Pada Khamis (28 April), Datuk Arthur Joseph berkata bahawa Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan kcemasan untuk membaiki jambatan yang digunakan penduduk kampung tersebut.

Memetik kemas kini BFM, Timbalan Menteri Pendidikan Mohamad Alamin berkata Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan terus memantau keselamatan pelajar sekolah itu, walaupun isu itu tidak berada di bawah bidang kuasa KPM. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, Facebook

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] TuIar Murid Pertaruh Nyawa, Kerajaan Negeri Sabah Akan Segera Sediakan Bot"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*