Sempena Hari Raya, Foodpanda Dilaporkan Cuti Di Beberapa Buah Negeri Bermula Hari Ini

Sebut mengenai servis penghantaran makanan menerusi aplikasi, pastinya aplikasi Foodpanda antara yang disebutkan dan diingati ramai. Berjaya menawarkan rangkaian servis yang luas serta efisien antara yang membuatkan aplikasi ini menjadi pilihan.

Terbaharu, bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung pada 2 Mei iaitu hari ini, pihak Foodpanda memaklumkan tidak beroperasi di beberapa buah negeri iaitu Perlis, Pahang, Kelantan dan juga Terengganu.

Difahamkan langkah ini dibuat dalam memberi ruang untuk pihak penghantar untuk turut beraya bersama sama sanak saudara serta rakan. Dalam pada itu, negeri-negeri lain yang tidak berada dalam senarai dimaklumkan beroperasi seperti biasa.

Operasi Foodpanda di negeri yang bercuti dimaklumkan akan beroperasi seperti biasa bermula esok 3 Mei 2022. Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan servis penghantaran makanan pada hari ini, mungkin mendapatkan servis daripada syarikat altenatif antara yang boleh dicuba. – Sumber dipetik dari The V0cket

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Sempena Hari Raya, Foodpanda Dilaporkan Cuti Di Beberapa Buah Negeri Bermula Hari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*