[VIDEO] Detik Dr0ne ‘Terhempas’ Selepas Mercun Habis Terbakar Buat Ramai Tergamam

Selepas 2 tahun, akhirnya kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah dan pastinya ramai yang dapat mengubat kerinduan dengan ahli keluarga. Selain makan minum, bermaaf-maafan dan bergambar, bermain bunga api dan mercun juga antara ‘highlight’ dalam sambutan Hari Raya.

Mahu tunjukkan kelainan, seorang pengguna TikTok @anipbunenterprise86 telah berk0ngsi sebuah video memaparkan dr0ne mengangkat mercun papan yang dinyalakan sebagai hiburan ahli keluarga.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Sedang seronok melihat mercun papan itu terbakar, dapat dilihat semua yang ada dalam video panik apabila drone itu terhempas ke tanah secara tiba-tiba selepas kesemua mercun terbakar.

Perk0ngsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata warganet berasa terhibur melihat video itu. Para warganet turut terkejut melihat dr0ne itu jatuh selepas mercun habis terbakar.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang berk0ngsi tips untuk meletakkan pemberat pada tali agar kejadian tersebut tidak terjadi. Malah, segelintir warganet juga bersimpati dengan pemilik dr0ne kerana berkemungkinan dr0ne itu rosak akibat terhempas ke tanah.

Ketika ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan dan lebih 30 ribu tanda suka.

VIDEO:

Sumber & video dipetik dari The V0cket, TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Detik Dr0ne ‘Terhempas’ Selepas Mercun Habis Terbakar Buat Ramai Tergamam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*