‘Selamat Jalan Kesayanganku..’lbu Pula Menyusul Pergi Selepas 14 Jam Anak Bongsu MeninggaI

Seorang peniaga pakaian, Asmah Zakaria, 45, meninggaI dunia hari ini setelah lebih 16 jam terlibat dalam kemaIangan di KM 85, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Kampung Alor Serdang, Setiu semalam.

Artikel Berkaitan: Anak 5 Tahun MeninggaI Dunia, 6 Beradik Termasuk lbu Ayah ‘Parah’ Dalam Perjalanan Untuk Beraya

KemaIangan pada jam 6.30 pagi itu turut meng0rbankan anak bongsunya, Muhammad Aidil Fitri Osman, 5, pada dua jam kemudian di Hospital Setiu.

Adik Asmah, Nurul Husna, 30, berkata, kakaknya menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada jam 12.45 tengah hari tadi.

“Suami arwh dan lima anaknya masih dirawat di wad hospital sama termasuk anak kelimanya (Muhammad Rafifuddin,12) yang dilaporkan masih kritikaI.

“Kesemua mereka telah dipindahkan dari Hospital Setiu ke HSNZ malam tadi,” katanya di sini hari ini.

Nurul Husna berkata, jnazah Muhammad Aidil Fitri telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Pauh, Kuala Nerus selepas solat Isyak semalam.

Tambahnya, jnazah Asmah juga akan dikebumikan di tanah perkuburan sama pada hari ini.

“Sebelum kejadian, kakak (Asmah) memaklumkan mahu bergerak pulang ke kampung pada pagi raya kedua (semalam). Tak sngka mereka bergerak awal pada malam raya pertama.

“Dia yang menetap di Kangar, Perlis sempat mengirim baju raya kepada emak (Fatimah Yusof) dan kami adik-beradik pada bulan Ramadan lalu,” katanya.

Salam takziah, moga keluarga tabah atas kehilangan dua insan tersayang di hari lebaran. Moga roh mereka berdua dicucuri rahmat. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, K! Online

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Selamat Jalan Kesayanganku..’lbu Pula Menyusul Pergi Selepas 14 Jam Anak Bongsu MeninggaI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*