Dua MPV Ditahan Selepas Dedikasi Nama Isteri Guna Plat Pendaftaran Fancy

Setiap pasangan pastinya mempunyai cara tersendiri dalam mempamerkan cinta mereka kepada pasangan. Dalam pada itu, terdapat individu yang sanggup mengambil cara yang salah dalam memaparkan nombor pendaftaran ‘fancy’ yang seolah-olah mencerminkan nama isteri masing-masing.

Situasi ini nampaknya telah terjadi di Kuala Terengganu apabila dua pemilik kenderaan pelbagai jenis (MPV) ditahan pihak polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang berhampiran Padang Midin.

Difahamkan keuda-dua MPV tersebut merupakan model Toyota Alphard di mana masing-masing dikesan menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ yang seolah memaparkan nama MIRA dan DINA sekaligus tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, kenderaan jenis Toyota Alpard pertama dengan nombor pendaftaran MIRA ditahan pada pukul 3.24 petang.

Beliau berkata, kenderaan kedua daripada jenis sama pula didapati memakai nombor pendaftaran DINA dalam sekatan jalan raya sama 10 minit kemudian.

“Kedua-dua pemilik kenderaan itu memberi alasan menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ berkenaan untuk mendedikasikannya kepada isteri masing-masing.

“Mereka mendkwa teruja baharu memiliki MPV berkenaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya di sini hari ini.

Ismail memaklumkan alasan yang diberikan tidak boleh diterima dan kedua-dua MPV itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu di Bandar Baru Kuala Nerus, pada jam 7.25 malam Skuad 42 JSPT Terengganu telah menahan sebuah kereta Volkswagen Golf MK6 bersama-sama pemandu kerana menggunakan nombor pendaftaran ‘J3H3’.

Alasan yang diberikan pemandu tersebut adalah kereta berkenaan kononnya dibeli pada malam raya dan belum berkesempatan menukarkan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Kereta berkenaan walau bagaimanapun telah dibawa oleh Skuad 42 ke BSPT Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah seksyen dan akta yang sama.

Jelas beliau, pemasangan nombor pendaftaran ‘fancy’ terbabit boleh dianggap mahu memperdaya pihak berkuasa dan menyalahi Seksyen 108 (3)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Denda antara RM5,000 dan RM20,000 atau penjara antara setahun dan lima tahun atau kedua-dua boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

JSPT Terengganu ingin memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya bahawa dalam kesibukan menyambut Syawal, undang-undang jalan raya hendaklah diberi perhatian dan dipatuhi sepenuhnya. Pastikan nombor pendaftaran kenderaan mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. – Sumber dipetik dari The V0cket, Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik JSPT Terengganu

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Dua MPV Ditahan Selepas Dedikasi Nama Isteri Guna Plat Pendaftaran Fancy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*