Respon Guru Ini Selepas Rampas Telefon Pelajar Undang Perdebatan Warganet

Umum mengetahui bahawa telefon pintar antara barang yang dilarang dibawa oleh pelajar ke sekolah. Bagi yang meIanggar peraturan sekolah, telefon pintar anda akan dirampas oleh pihak sekolah.

Begitulah yang terjadi kepada adik pengguna Twitter @NurNazuwa dan menerusi perk0ngsiannya, dia berang dengan respon diberikan oleh guru yang merampas telefon pintar adiknya di sekolah.

Menerusi perk0ngsiannya, dia berk0ngsi tngkap layar perbualan adiknya bersama cikgu itu menggunakan aplikasi WhatsApp milik ibunya. Dapat dilihat bahawa adiknya telah mengakui kesilapannya dan meminta agar dapat mendapatkan telefon pintar miliknya semula.

Akan tetapi, guru itu menggunakan tiket ‘agama’ dalam menjawab permintaan adiknya. Kemudian, ibunya telah mesej guru tersebut dan juga meminta untuk mendapatkan kembali telefon pintar tersebut.

Perk0ngsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan mengundang pelbagai reaksi warganet. Segelintir warganet berpendapat bahawa hal ini boleh diselesaikan secara baik-baik apabila ibu bapa berjumpa sendiri dengan guru tersebut.

Malah, ada juga warganet mengatakan bahawa membawa telefon pintar ke sekolah merupakan satu kesalahan dan perlulah akur dengan peraturan sekolah. Tidak hanya itu, segelintir warganet juga menegaskan bahawa semua sekolah memiliki prosedur dan perlu dipatuhi.

Akan tetapi, warganet turut terkedu dengan jawapan guru itu yang seperti menggunakan agama dan kurang beradab. Malah, segelintir warganet juga mengatakan bahawa ketika ini telefon bimbit penting untuk kemudahan semua orang termasuk pelajar sekolah seperti mahu menghubungi ibu bapa dan sebagainya. – Sumber dipetik dari The V0cket, Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Respon Guru Ini Selepas Rampas Telefon Pelajar Undang Perdebatan Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*