‘SekeIip Mata Kami Yatim Piatu..’ HiIang lbu Bapa Berselang 12 Jam Di Aidilfitri

Kehilangan dua insan tercinta pada hari sama ketika Aidilfitri bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima.

Namun bagi Farahana Mohd Fakri, 28, dia dan dua adik perempuannya tetap redha selepas ibu, Norsah Chik, 59, dan bapa, Mohd Fakri Abdullah, 60, meninggaI dunia hanya berselang 12 jam ketika umat Islam sedang bergembira menyambut hari raya, semalam.

Farahana berkata, ibu meninggaI dunia pada 8.50 pagi di rumah mereka di Guar Chempedak selepas mnderita knser usus tahap empat, manakala arwh bapa pula pada 8.50 malam di hospital akibat srangan jantung.

Menurutnya, ibunya pada 5 April lalu dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Yan selepas matanya mengalami kuning selain fizikalnya yang terlalu kurus.

“Ibu kemudiannya terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum doktor yang melakukan pemeriksaan memberitahu yang arwh menghidap knser usus tahap empat.

“Doktor pada mulanya mahu melakukan pembedahan namun selepas perbincangan, kami tiga beradik mengambil keputusan untuk membawa ibu pulang dan menjaganya secara bergilir,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mereka menjaga ibu sehingga arwh menghembuskan nafas terakhir pada pagi kelmarin sebelum dimaklumkan bapa pula meninggaI dunia kira-kira 12 jam selepas itu.

“Malam sebelum ibu meninggaI dunia, adik seperti biasa ke bilik tidurnya dan ketika itu dia melihat arwh sudah dalam keadaan lemah dan berbaring dengan kakinya menghadap kiblat.

“Kami adik beradik kemudiannya membaca surah Yasin sehinggalah arwh akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga dan kami redha dengan pemergiannya,” katanya.

Menurutnya, ketika sibuk menguruskan jnazah ibu, dia dihubungi pula doktor yang memintanya supaya datang segera ke hospital kerana keadaan bapa yang sudah nzak ketika itu.

“Sebaik tiba di hospital, saya sempat meminta maaf kepada bapa selain turut memberitahunya yang ibu sudah meninggaI dunia walaupun bapa ketika itu sudah tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, bapa disahkan meninggaI dunia pada 8.50 malam oleh doktor akibat srangan jantung dan kami sekeluarga redha dengan pemergian dua insan tercinta pada hari yang sama,” katanya.

Menurutnya, arwh bapa dimasukkan ke HSAH pada malam Sabtu lalu selepas mengadu sakit dada sebelum dia ditidurkan ketika menjalani rawatan.

“Arwh bapa sempat menghubungi saya sebelum berbuka puasa memaklumkan yang dia dalam perjalanan ke hospital bersama rakannya kerana sakit dada.

“Saya sempat bertemu dengannya di hospital sebelum dia ditidurkan dan doktor ketika itu sudah memberitahu yang keadaan bapa sangat teruk,” katanya.

Jnazah Allahyrhamah Norsah dikebumi selepas solat Asar semalam, manakala jnazah Allahyrham Mohd Fakri dikebumikan pada 12.10 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kolam, Guar Chempedak.

Kedua-dua jnazah dikebumikan bersebelahan antara satu sama lain dengan turut mendapatkan khidmat Skuad Hang Cangkul Murtadha Dakwah Centre (Madad) bagi memudahkan urusan pengebumian dilakukan.

Salam takziah buat mereka bertiga serta ahli keluarga. Moga tabah hadapi dugaan besar di Aidilfitri. Moga roh kedua- dua arwh dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para solihin. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘SekeIip Mata Kami Yatim Piatu..’ HiIang lbu Bapa Berselang 12 Jam Di Aidilfitri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*