Warganet Pertikai Keperluan Memakai Pelitup Muka Perakuan SIRIM

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permoh0nan perakuan SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd berkuat kuasa mulai 4 Julai depan.

Perkara berkenaan merupakan susulan daripada pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Dalam pada itu, isu berkenaan telah meraih perhatian warganet yang rata-rata mempertikaikan tindakan terbabit dan turut meluahkan rasa tidak setuju.

Meninjau di ruangan media sosial Twitter, ramai yang seakan menyoalkan apakah rasionalnya untuk pihak kerajaaan membuat keputusan tersebut sedangkan negara kita bakal memasuki tahun ke-3 memerangi wabak pandemik C0VID-19.

Bukan itu sahaja, ada juga daripada segelintir warganet yang memikirkan nasib golongan B40 yang mungkin tidak mampu untuk membeli pelitup muka yang mempunyai perakuan SIRIM nanti dek kerana harga penjualan di pasaran pasti dijangka meningkat.

Lebih menambah bara di hati warganet apabila seandainya terdapat individu yang gagal mematuhi arahan berkenaan akan dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun,  difahamkan tujuan pemakaian pelitup muka mempunyai perakuan SIRIM ini adalah untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan, menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna. – Sumber dipetik dari Xtra, Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Warganet Pertikai Keperluan Memakai Pelitup Muka Perakuan SIRIM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*