[VIDEO] Wanita Ini Nyaris Tersepit Ketika Cuba Halang Anak Kecil ‘Reverse’ Kenderaan

Pada lewat hari semalam, tuIar satu rakaman video dashcam di mana seorang wanita cuba menahan keretanya daripada terus mengundur meIanggar Proton Saga yang ada di belakang.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, wanita itu memberhentikan kereta untuk membeli sesuatu di gerai tepi jalan. Kemudian, secara tiba-tiba kereta tersebut mula mengundur ke belakang.

Dalam keadaan panik, wanita tersebut segera cuba menahan keretanya daripada terus mengundur sehingga menyebabkan dia nyaris tersepit di antara kedua-dua buah kenderaan.

Dalam satu tngkap layar yang dik0ngsikan orang ramai, wanita tersebut menyatakan dia meninggalkan anak kecil di dalam kereta tersebut semasa kejadian tersebut berlaku. Dia juga mendkwa telah meletakkan gear pada ‘P’ dan handbrake sudah pun ditarik sebelum dia keluar daripada kereta.

Tambahnya lagi, oleh kerana berasa sangat panik dan tidak boleh berfikir, dia segera cuba berdiri di belakang keretanya dan menahan kereta itu daripada terus mengundur. Bagaimanapun, ada seseorang berhampiran bercakap meminta wanita itu untuk masuk ke dalam kereta bagi memberhentikan kenderaan tersebut.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Buletin Malaysia 🇲🇾 (@buletin_malaysia)

Rakaman kejadian yang berlaku di jalan raya MRSM Baling itu telah mendapat perhatian warganet yang meminta agar ibu bapa agar tidak membiarkan anak kecil berseorangan tanpa pengawasan di dalam kereta kerana pelbagai insiden yang tidak diingini boleh berlaku. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, Instagram Buletin Malaysia

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Wanita Ini Nyaris Tersepit Ketika Cuba Halang Anak Kecil ‘Reverse’ Kenderaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*