[VIDEO] Dituduh Jual Harga TeI Aviv, Chef Ammar Jelaskan Mengapa Juadahnya Dijual Mahal

Antara juadah yang dicari-cari ketika bulan Ramadan pastinya nasi arab lamb shank oleh Chef Ammar. Mana tidaknya, setiap hari orang akan mula beratur seawal jam 4 petang untuk tidak mahu ketinggalan menikmati keenakan nasi arab original oleh Chef Ammar ini.

Baru-baru ini, Chef Ammar juga tidak terlepas daripada ditud0h menjual makanannya dengan harga yang mahal. Kecewa dengan kenyataan tersebut, Chef Ammar menerusi satu sesi live di TikTok menerangkan mengapa juadah jualannya mungkin mahal berbanding peniaga yang lain.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Menurut Chef Ammar, setiap bahan yang digunakan untuk memasak nasi arab adalah bahan yang premium dan berkualiti tinggi. Saiz lamb shank juga menjadi keutamaan buat Chef Ammar supaya pembeli puas untuk makan. Jadi setiap lamb shank perlu lulus piawaian yang ditetapkan oleh Chef Ammar.

Chef Ammar turut berkata kebersihan dan keikhlasan adalah keutamaan ketika menyediakan juadah. Bagi menyakinkan lagi para warganet, beliau turut menunjukkan tempat penyediaan memasaknya yang bersih, tidak seperti sesetengah kedai yang tidak mementingkan aspek tersebut.

ANTARA BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MASAK NASI ARAB OLEH CHEF AMMAR

“Kamu ingat kita dapat semua bahan ini secara percuma? Ini minyak sapi berkualiti. Ayam pula kita letak dalam bekas stainless steel, bukan letak atas lantai. Ini semua ada proses. Bukan marah tapi saya nak bagi clear,” kata Chef Ammar.

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

👉 LINK VIDEO

Warganet turut menyokong apa yang dicakap oleh Chef Ammar dan berkata mereka yang cakap belakang biasanya tidak pernah pun beli juadah daripada Chef Ammar. Ada juga yang berkata tidak kisah bayar mahal asalkan makanan sedap dan puas hati berbanding beli juadah yang murah tetapi sedikit dan tidak sedap.

Tepuk dada tanya selera. Jika anda mahu membeli nasi arab Chef Ammar, boleh ke bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam dan USJ 4. Selamat mencuba. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Dituduh Jual Harga TeI Aviv, Chef Ammar Jelaskan Mengapa Juadahnya Dijual Mahal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*