[VIDEO] Tali Put0s Ketika Promosi Secara ‘Live’, Warganet Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan pelitup muka bukan perubatan perlu mendapat perakuan SIRIM bermula 4 Julai ini.

Artikel Berkaitan: Warganet Pertikai Keperluan Memakai Pelitup Muka Perakuan SIRIM

Difahamkan, kerajaan telah bersetuju untuk menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka ini selepas mengambil kira maklum balas dari orang ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

Sebelum ini, Jovian Mandagie telah menerima kritikan ramai apabila menyok0ng keputusan kerajaan ini dengan mengatakan ia adalah langkah yang bagus bagi membnteras pelitup muka yang tiada kualiti di pasaran.

Terbaharu, tuIar di media sosial video ‘live’ Jovian Mandagie mempromosikan pelitup mukanya dengan turut menampilkan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila tali pelitup muka tersebut putus apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza mahu memakainya.

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

Untuk pengetahuan anda, Jovian Mandagie menjelaskan bahawa pelitup muka keluarannya ‘Jovian Mask’ selamat dipakai dan berkualiti kerana telah diiktiraf oleh MDA sebelum ini.

Sedutan video ‘live’ tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata warganet mengatakan kualiti pelitup muka keluaran Jovian Mandagie pun bukannya tidaklah berkualiti jika talinya senang terput0s.

Malah, para warganet turut berpendapat bahawa kata-kata Jovian Mandagie memakan diri apabila beliau mengatakan perakuan SIRIM diperlukan untuk membnteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran.

Tidak hanya itu, segelintir warganet turut mengatakan bahawa pelitup muka murah yang dibeli di pasaran lebih berkualiti daripada pelitup muka yang dijual oleh Jovian.

Malah, para warganet turut tertanya-tanya bagaimana pelitup muka tersebut boleh diperakui MDA.

Justeru itu, warganet turut mengatakan adab dalam berniaga itu perlu dan tindakan Jovian sebelum ini kini memakan diri sendiri. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, TikTok, Facebook, Instagram Jovian Mandagie

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Tali Put0s Ketika Promosi Secara ‘Live’, Warganet Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*