Polis ‘Buru’ Enam Banduan LoIos Penjara Jelebu Yang Masih Bebas Berkeliaran

Pada malam semalam tuIar berita mengenai pihak polis telah menahan seorang lelaki dan sedang ‘memburu’ enam lagi yang telah meIoIoskan diri dari Penjara Jelebu kira-kira pukul 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Maslan Udin berkata Sohaimi Khalid, 50, berjaya ditahan semula di kawasan kebun kelapa sawit di Kongkoi kira-kira dua kilometer dari Penjara Jelebu pada pukul 7 malam.

Pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 3 petang dan operasi mengesan banduan tersebut dilancarkan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Penjara Jelebu.

“Banduan berkenaan ialah Mazlan Samah, 39, dengan menggunakan alamat terakhir di Lubok Cina, Melaka; Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28, beralamat di Taman Desa Rhu, Sikamat di Seremban; Shazuan Md Sharif, 32, beralamat di Felda Pasoh 1, Simpang Pertang, Jelebu.

“Selain itu, Zainuddin beralamat di Danau Kota Setapak, Prima Kuala Lumpur; Mohd Zairizan Zainal, 42, beralamat di Desa Mesra Perdana, Felcra Bukit Sedana, Selandar, Melaka dan Muhammad Syafiq Rohmat, 32, beralamat di Felda Pasoh 2, Batu Kikir, Jempol,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Ahad.

SUMBER GAMBAR: IBU PEJABAT POLIS DAERAH JELEBU

Tambah beliau lagi, kesemua banduan berkenaan ialah tahanan reman mhkamah di Penjara Jelebu. Selain siasatan berkaitan tindakan suspek melarikan diri, siasatan juga berkisar kepada kemungkinan berlaku kecuaian sehingga menyebabkan orang tahanan dapat meIoIoskan diri.

Sehubungan itu, DSP Maslan berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh membantu polis dalam ‘memburu’ mereka yang terlibat dengan menghubungi balai polis berhampiran atau menelefon Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu dengan menelefon 06-6136222 atau Bilik Gerakan IPD Jelebu 06-6137999. – Sumber dipetik dari The V0cket, Facebook IPD Jelebu

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Polis ‘Buru’ Enam Banduan LoIos Penjara Jelebu Yang Masih Bebas Berkeliaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*