Kucing Terhantuk Pada Pagar Gara-Gara Leka Dirakam, “Weh Dia Malu…”

Bagi pencinta kucing, mengambil gambar atau merakamkan video kucing pastinya antara rutin wajib yang selalu dilakukan. Sama macam yang dikongsikan ini apabila pemilik kucing ini cuba merakamkan gelagat kucingnya baru-baru ini.

Namun lain pula yang berlaku pada akhirnya apabila kucing itu terhantuk pada pagar gara-gara leka dirinya dirakam. Telatah comelnya ini turut sama membuatkan rata-rata netizen berdekah melihatnya.

Berat 4.1g Dengan Audio Berkualiti Tinggi? Sebab-Sebab Anda Perlu Dapatkan HUAWEI FreeBuds 4 Untuk Suasana WFH!

@insyirazh

terhantuk🤙

♬ FOLLOW FELIX GABRIEL ON SPOTIFY – Felix Gabriel

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu merakamkan gelagat kucingnya di luar rumah. Semasa kucingnya itu berjalan masuk ke dalam rumah, dia berdiri di hadapan rumahnya sambil merakamkan aksi kucing tersebut.

Apa yang menarik perhatian ialah telatah kucing itu yang seperti tahu dirinya sedang dirakamkan pemiliknya itu. Malah dia turut memandang ke arah kamera sambil perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam rumah.

kucing terhantuk

Namun dek kerana leka memandang kamera, kucing itu akhirnya terhantuk pada pagar rumah sekaligus menyebabkan pemiliknya berdekah melihatnya. Lebih mencuit hati, kucing itu segera berlari masuk seolah-olah malu dengan apa yang berlaku.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat plot twist di hujung video. Ada juga yang berseloroh pastinya kucing itu malu dengan apa yang berlaku dan berpura-pura dirinya baik-baik sahaja selepas itu.

“Mata pun tak nampak.”

kucing terhantuk

“Rasa kesian tapi tak boleh tahan gelak…”

kucing

“Fokus nak masuk video punya pasal.”

komen

“Weh dia malu…”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Kucing Terhantuk Pada Pagar Gara-Gara Leka Dirakam, “Weh Dia Malu…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*