“Sesi PdPR Dilanjvtkan Hingga 31 Ogos” KPM

SESI persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, KPM berkata ketetapan tersebut mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ketetapan ini terpakai di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM,” katanya.

KPM juga berkata pihaknya akan sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan.

“Sehingga 16 Julai 2021, seramai 253,366 orang guru dan pentadbir (61.30 peratus) serta 10,876 orang kakitangan sokongan (46.33 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Mengambil kira kadar vaksinasi ini, KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mula 1 September 2021,” katanya.

KPM menambah pihaknya akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal,” katanya sambil menambah, perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka akan dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment on "“Sesi PdPR Dilanjvtkan Hingga 31 Ogos” KPM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*