“Ramal AjaInya Semakin Dekat,” Suhaimi Saad Tulis ‘Wasi4t’ Awal2 Buat Semua

Tiada angin tiada ribut baru-baru ini, bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad memberi bayangan tentang hari kematiannya yang dijangka semakin hampir.

SS tulis wasiat siap2, ramal kematian semakin hampir

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, selebriti kontroversi berusia 41 tahun itu sempat berkongsi gambar wajahnya beserta ‘wasiat’ agar gambar tersebut digunakan apabila dia sudah meninggal dunia kelak.

“Nampaknya hari kematian ss semakin mendekat. ma sya Allah. so nak la sampaikan sikit wasiat. Kat sini ada 3 keping gambar. pilih la salah satu untuk buat hebahan tentang kematian ss nanti,” katanya.

Baca doa jenazah untuk dirinya

Bukan setakat itu sahaja, suami kepada penyanyi Ina Naim terbabit turut meminta peminatnya supaya membacakan doa jenazah buatnya:

“Allahummagh fir suhaimi saad warhamhu wa ‘a fihi wa’fu ‘anh,” tulis Suhaimi di ruangan kapsyen.

Selain itu, pelantun lagu Kembara Ilmu berkenaan sempat menyebut tentang hutang dalam wasiatnya.

Menurutnya, dia menghalalkan sesiapa sahaja yang berhutang dengan dirinya manakala, jika dirinya ada berhutang, duit tersebut boleh dituntut daripada isterinya Ina Naim.

“Yang mana ada berhutang dengan SS, SS halalkan. Yang mana nak tuntut hutang ss, boleh deal dengan Ina Naim eh. Royalti tahunan SS ada lagi, tak langsai sekaligus, boleh bayar sikit sikit,” jelasnya.

“Stop lah kecam, kutuk atau fitnah SS lagi”

Di akhir coretan wasiat, Suhaimi menegaskan jika dia sudah tiada, berhentilah mengecam dirinya lagi.

“Bermula saat tu, stop la kecam,kutuk atau fitnah SS lagi. Jangan ikut perkara atau contoh yang tak baik,ok.” pintanya,

Terdahulu, Suhaimi didakwa menghina kematian seorang bapa dan membuat tuduhan tidak berasas berkenaan vaksin. Justeru itu, ahli keluarga Allahyarham menyelar tindakannya agar tidak menyebarkan fahaman tertentu secara ‘membuta tuli’.

 

Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram Suhami Saad via Fiona

Be the first to comment on "“Ramal AjaInya Semakin Dekat,” Suhaimi Saad Tulis ‘Wasi4t’ Awal2 Buat Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*