“Shuk Please Matang!” – Pernah ‘Dikaitkan’ Dengan Fara, Kecik Tampil Bersuara!

Kisah luahan isteri kepada Shuk Sahar yang mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Fara Salleh turut menarik perhatian bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik.

Buat mereka yang tidak tahu, Kecik atau nama sebenarnya, Mohammad Fauzi Kamarudin sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan Fara.

Menerusi posting di Twitter, Kecik berpesan supaya isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menghadapi keadaan tersebut dengan tabah.

Pada masa sama, Kecik juga meminta supaya Shuk bersikap matang dalam situasi ini.

“Eh jadi pulak? Kecik harap wife shuk dapat harungi semua ni dengan tabah.

“Shuk please matang! Jangan buat para isteri macam ni!” tulisnya.

Anda boleh lihat posting Kecik di bawah.

Terdahulu, Kecik pernah membuat pendedahan yang mengatakan dia pernah menjalinkan hubungan dengan Fara, malah mengaku pernah tinggal serumah.

Biarpun dikec4m netizen, penyanyi itu menjelaskan pendedahan yang dibuat itu hanyalah mahu memberi pengajaran kepada orang ramai.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Shuk Please Matang!” – Pernah ‘Dikaitkan’ Dengan Fara, Kecik Tampil Bersuara!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*