Lelaki Ni Beri Jalan Mcm Mana Nak Selesaikan Masalah Ebit Lew Utk Bantu 43 Ribu Pelajar Dpt Tablet

KUALA LUMPUR: Sekiranya rakyat Malaysia yang berkem.ampuan dapat menyumbang minimum RM 2, jumlah sumbangan tersebut cukup membantu pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, untuk membeli tablet buat pelajar-pelajar yang memerlukan.

CEO Tampil Beri Jalan

Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Shekhinah PR Sdn Bhd, Christopher Raj, berkata beliau sedih membaca perkongsian Ebit Lew yang memaklumkan menerima mesej daripada 43,000 individu yang memerlukan kelengkapan gajet seperti tablet bagi keperluan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Bagaimana Nak Bantu Ebit Lew

Christopher menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu berkata beliau sedar bahawa Ebit Lew tidak dapat melakukannya secara bersendirian kerana jumlah membeli keseluruhan tablet tersebut mungkin mencecah RM 30 jvta.

“Saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatln kepada anak-anak yang memerlukan supaya memberi sumbangan seberapa yang mampu kepada Ustaz Ebit agar dapat menyampaikan bantuan tablet kepada 43,000 anak-anak yang memerlukan di luar sana untuk belajar di rumah.

“Pada saat yang s.ukar begini, hanya perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia dapat membantu kami mengukir senyuman kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya menerusi laman Twitter peribadinya pada Sabtu.

Tambahnya, beliau telah menyumbang sebanyak 30 buah tablet kepada mereka yang memerlukan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Pantai dan Sentul.

Jika Beri RM 2 Seorang Sudah Cukup

“Saya juga akan menyumbang sebanyak RM 5,000 kepada Ebit Lew bagi membantu beliau membeli tablet,” katanya.

Pada Jumaat, Ebit Lew menerusi satu muat naik di Facebook berkata menerima 43,000 mesej daripada pemohon yang kurang upaya (OKU), tiada pekerjaan, anak yatim platu dan keluarga kurang berkemampuan untuk memohon untuk kelengkapan gajet untuk pembelajaran di rumah.

Pada entri yang sama, beliau mem.ohon maaf kerana tidak dapat membantu lebih ramai individu yang memerlukan ba.ntuan berkenaan.

Reaksi Orang Ramai
Humph kesian Ust Ebit Lew…. semua orang minta dgn dia…. yg sepatut nya mana… sembunyi tangan. Nak buat online, tak check dulu… kesian mak bapak yg tak mampu, dah lah tak ada kerja sebab C0vid… nak beli laptop bukan murah.. internet lagi.

Knp Rakyat??? Apa fnction YB² dok ada?? Sj la tny kan, gaji puluh2 rlbu.. tp Rakyat x pandang.

“Maafkan saya ye tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya.” -Ebit Lew

Sejak semalam, nama Ustaz Ebit Lew telah menjadi carian utama susuan tindakkannya membeli 100 unit tablet buat para pelajar yang susah untuk mengikuti pembelajaran secara online.

Menurut muat naik yang dilakukan, pendakwah muda tersebut meminta orang ramai yang betul-betul mengalami kesulitan menghubungi talian yang disertakan dalam posting tersebut untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerimanya.

 

Terima ribuan mesej bantuan

Susulan daripada itu, beliau telah menerima ribuan mesej menceritakan kesusahan yang mereka alami lebih-lebih lagi berkenaan pembelajaran anak-anak.

Beliau turut berasa sebak apabila menerima ribuan permohonan sumbangan keperluan harian seperit kerusi roda, van jenazah dan juga tablet dari pelbagai bangsa, negeri dan juga mereka yang kehilangan pekerjaan serta golongan kelainan upaya (OKU).

Minta maaf tak dapat bantu semua

Ebit Lew mengakui sebak mengenangkan kesulitan yang dihadapi oleh mereka dan benar-benar berasa ralat kerana tidak dapat membantu semua orang yang ditimpa musibah. Dalam perkongsiannya sebentar tadi, pendakwah selebriti itu dengan tulus hati memohon maaf dan berharap dosanya diampunkan.

Beliau juga berdoa agar mereka yang benar-benar berada dalam kesusuhan diberikan bantuan dan dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T.

Ustaz dah lakukan yang termampu

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Facebook Ustaz Ebit Lew dengan mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Mereka juga mengakui bahawa pengorbanan pendakwah itu dalam membantu insan-insan serba kekurangan dengan cepat amatlah dihargai dan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Lelaki Ni Beri Jalan Mcm Mana Nak Selesaikan Masalah Ebit Lew Utk Bantu 43 Ribu Pelajar Dpt Tablet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*