“Tak Perlu Sebut P**t*t Dalam FB Page Saya…” Rahimah Tanpa Rah1m Terus Cetus Kontrov3rsi

Sebelum tayangan drama yang bersiaran di slot Akasia ini, Rahimah Tanpa Rah1m sememangnya mencetuskan kontrov3rsi dalam kalangan netizen.

Bukan sahaja kerana tajuknya malah ada segelintir netizen yang turut mempersendakan cerita dan juga poster drama berkenaan sehingga meninggalkan maksud luc4h.

Justeru itu, selaku penasihat kepada Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH), Wani Ardy yang juga merupakan seorang penulis kreatif dan cukup terkenal dengan bukunya berjudul Langit Vanilla ini tampil memberikan pendapat beliau menerusi satu hantaran dilaman twitter miliknya.

Bukan cerita mengarut!

Drama Rahimah Tanpa Rahim bukanlah sebuah drama mengarut dek kerana tajuk drama itu sendiri tetapi, ia berkisarkan tentang wanita yang lahir tanpa rah1m semata-mata.

Mengikut kajian, setiap satu dalam 5,000 wanita di seluruh dunia menghidap Sindr0m MRKH dan keadaan itu memberikan tekanan serta menjejaskan minda golongan itu kerana dianggap wanita tidak sempurna.

Menurut penerbit drama berkenaan, Jalena Rejab berkata,

” Saya ingin tekankan masalah sebenar yang dihadapi kaum hawa di dunia ini khususnya di Malaysia yang lahir tanpa rah1m. Saya pertahankan judul drama ini pun sebab nak didik masyarakat mengenai apa kejadian kehidupan Rahimah yang selama ini hidup ters3ksa,”  katanya.

” Tak perlu sebut p****t dalam FB page saya. Saya ok.

Menerusi muat naik Wani Ardy pada Jumaat, masih terdapat segelintir netizen yang masih membahaskan perkara tersebut sehingga ada yang sanggup menulis dan mengeluarkan perkataan-perkataan luc4h diruangan komen Facebook miliknya.

Namun, ada juga netizen yang menganggap drama sebegini adalah satu cara untuk menyampaikan awareness dalam masyarakat kita khasnya.

Apapun, diharap drama bersiri 28 episod ini dapat memberikan sedikit ilmu pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat kita menegnai penyakit MRKH.

Drama lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi dan Ezzaty Abdullah ini akan ditayangkan di slot Akasia pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam hanya di TV3!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TV3 Malaysia