Usop telah terlepas cakap sesutu tentang isu ini semalam ketika big stage. Naseb tindakan ini menyelamatkan dia

Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Usop memohon maaf secara terbuka apabila terlanjur menegur bentuk badan pengacara Sherry Alhadad di pentas akhir konsert BS2020.

Usop atau nama sebenarnya,  Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, memohon maaf jika gurauannya itu disalah anggap oleh Sherry dan orang ramai.

“Sebenarnya saya nak cakap, tadi saya ada terlepas cakap. Saya harap semua orang tak terasa. Sebelum apa-apa yang orang cakap pada saya dan kak, saya minta maaf,” ujar Usop secara langsung di atas pentas selepas selesai mempersembahkan lagu keduanya, sebentar tadi.

Sherry pula menggangap perkara itu sekadar gurauan dan tidak mengambil hati terhadap ketelanjuran kata Usop terbabit.

“Takpe, kami faham Usop bergurau. Akak pun faham itu sekadar gurauan,” ujar Sherry.

Pada malam minggu akhir program tersebut, Usop yang mempersembahkan lagu Arjuna nyanyian asal Dewa 19 menerima kecamman apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga netizen menganggap penyanyi itu melakukan ‘body shamming’.

Usop turut mempersembahkan lagu Peluang Keduanyanyian asal penyanyi Nabila Razali.

Selain Ucop, empat orang peserta iaitu Qody Rany, Fadh Majid, Azzam Sham dan Dinie Rashid bersaing di pentas akhir untuk berebut gelaran Big Stage 2020.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.

Instagram: @usopofficial, @sherry_alhadad

sumber : gempak

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terim
a Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MB

Be the first to comment on "Usop telah terlepas cakap sesutu tentang isu ini semalam ketika big stage. Naseb tindakan ini menyelamatkan dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*