Rakyat dikata alpa, Netizen ‘naik angin’ dengan Adham Baba

Baru-baru ini menerusi laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, mengeluarkan kenyataan mengulas mengenai sikap masyarakat dalam menangani Covid-19.

Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, dapat dilihat bahawa rakyat cakna mengenai keselematan diri dalam mengekang penularan video.

“Bagaikan tidak takut ma-ut…”

Namun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) beliau berkata rakyat sudah mula leka dan kurang peka dalam membudayakan norma baharu.

“Namun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kita lihat amalan ini nampaknya belum menjadi budaya. Ada yang bersesak-sesak ketika membeli belah dan menggunakan lif selain tidak memakai pelitup muka…”

“Bagaikan tidak takut mau-t. Mereka hanya risau dan taku-t apabila mendengar kes meningkat dan bila ada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tempat-tempat tertentu…”

Pak menteri kami tak alpa

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, nampaknya rata-rata netizen kurang bersetuju dengan tanggapan menteri kesihatan itu, yang seakan-akan meletakan salah terhadap rakyat semata-mata berikutan kenaikkan jan-gkitan Covid-19

Kami pula salah

Ismail Sabri jawab dakwaan ahli politik pun-ca kes Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan rakyat agar tidak panik dan bimbang dengan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Beliau berkata, meskipun angka positif koronavirus (Covid-19) dilihat besar, namun kebanyakan kes itu melibatkan ta-hanan penjara di Kedah dan Sabah, yang terasing daripada komuniti.

“Rakyat diharap tidak terlalu panik, walaupun rakyat mungkin m4rah pada saya kerana kata jangan panik… tetapi walaupun begitu jangan ambil lewa dan rasa selesa… sentiasalah perketatkan kawalan kendiri, selagi vaksin tidak ditemui,” katanya.

Ditanya dakwaan orang politik berkempen di Sabah adalah pungca pen-ingkatan kes Covid-19 dalam negara, Ismail Sabri berkata lebih 13,000 sari-ngan dilakukan dan lebih kurang 130 adalah positif, iaitu satu peratus daripada mereka yang kembali dari Sabah.

“Satu peratus itu bukan orang politik semata-mata, turut melibatkan pelancong, orang yang mempunyai tugasan rasmi dan urusan perniagaan”, katanya.

Ismail Sabri juga menegaskan tidak ada keperluan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Beliau berkata, kes di negeri-negeri lain juga mencatatkan angka yang rendah, sama ada satu hingga tiga kes sahaja, kecuali Selangor 31, namun ia belum sampai ke tahap merah.

“Jadi kalau kita tengok, kebanyakan satu atau dua kes di setiap negeri, jadi bukan satu perkara yang membi-mbangkan.

“Kalau satu, dua kes kita nak buat sekatan satu negara, sampai bila pun negara kita PKP…,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://trendingsangat.pw/