Did4kwa Jadi ‘M4ngsa’ Body Shaming Usop, Akhirnya Sherry Alhadad Bersuara

Naib juara Big Stage 2020 (BS2020) Usop dik3cam hebat di media sosial apabila dikatakan terlanjur menegur bentuk badan pengacara Sherry Alhadad di pentas akhir konsert BS2020.

Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, walaubagaimanapun memohon maaf jika gurauannya itu disalah anggap oleh Sherry dan orang ramai.

Tidak melatah dengan situasi berkenaan, tuan empunya badan, Sherry Alhadad tampil menyuarakan pandangannya.

Menurut Sherry, dia langsung tidak ambil hati dengan apa yang terjadi.

Bagi Sherry, terlepas kata merupakan perkara yang tidak boleh dielak terutama ketika program siaran langsung.

“Kadang kala sama juga macam Sherry apabila jadi pengacara. 

“Kalau atas pentas paling Sherry takut adalah terlepas cakap.

“Saya faham niat dia bergurau, mungkin ketika itu orang lain anggap ianya seperti mengh1na,” katanya ketika ditemui Gempak usai pentas final Big Stage 2020, malam tadi.

Tambahnya, dia juga sudah menganggap Usop seperti adiknya, oleh itu langsung tidak terlintas di hatinya untuk berkecil hati.

“Sebagai seorang kakak, saya memang sayang Usop sebagai adik.

No heart feeling, takde perasaan mar4h-mar4h, kami sayang sama-sama,” katanya.

Terdahulu, pada malam minggu akhir BS2020, Usop yang mempersembahkan lagu Arjuna nyanyian asal Dewa 19 menerima kec4man apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga netizen menganggap penyanyi itu melakukan ‘body shaming’. 

Tindakannya itu mencetuskan rasa tidak senang buat sesetengah netizen sehingga ada yang cuba memboik0t penyanyi berkenaan.

Dalam pada itu, Big Stage 2020 (BS2020) telah  melabuhkan tirainya apabila Azzam Sham dinobatkan sebagai juara BS2020 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Naib juara menjadi milik Usop manakala Qody Rany berada di tangga ketiga.

Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima. 

BACA: Big Stage 2020: Azzam Sham Juara Big Stage 2020!

Instagram: @sherry_alhadad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar