Video Nabil Ahmad peIuk Neelofa ‘mini’ buat netizen berdekah!

Sejak semalam, kembar pengacara dan pelakon terkenal Neelofa mendapat perhatian ramai apabila adik comel berusia 5 tahun menjadi tetamu undangan di rancangan Meletop.

Rancangan hiburan yang berlangsung setiap hari Selasa ini menjadi bualan ramai apabila impian adik comel ini untuk berjumpa selebriti itu  menjadi kenyataan.

Kecoh juga, adik Naura atau nama sebenarnya Che Naura Auni Che Fadhlullah ini mempunyai iras seperti kembar Neelofa. Ianya membuatkan ramai setuju dengan perkara berkenaan.

Penularan foto mereka juga membuatkan Neelofa dan adik Naura hangat diperkatakan ramai. Bagaimanapun, lucu pula apabila rancangan Meletop berkongsikan gelagat pengacara tetap iaitu Nabil Ahmad mengusik adik Naura.

Video dikongsikan ini juga meraih lebih 340,000 tontonan sejak ia dikongsikan semalam menerusi laman sosial Instagram.

Lucunya pula, Nabil Ahmad dilihat memeIuk kembar Neelofa dan sempat membuat lawak di set Meletop. Sehingga membuatkan sekeliling terhibur dengan pelawak dan pelakon terkenal ini.

Meskipun durasi video dikongsikan itu pendek namun ia berjaya meraih perhatian pengguna media sosial dan pengikut selain menerima lebih 45,000 tanda suka.

Ternyata juga, perkongsian video itu menerima pelbagai maklum balas lucu netizen yang gelak besar melihat gelagat Nabil Ahmad yang tak pernah kering gusi penonton dibuatnya.

Reaksi ramai diruangan komen

Nabil Ahmad buat ramai terhibur

Sumber: Meletop via HCL

Be the first to comment on "Video Nabil Ahmad peIuk Neelofa ‘mini’ buat netizen berdekah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*