Berikanlah Dia Kekuatan Mengharungi Membawa Nyawa Baru ..” – Saharul Ridzwan

Pelakon Saharul Ridzwan akui berasa kasihan melihat keadaan isterinya, Qaabila Deena Emir yang sedang hamil anak kedua.

Menurut Saharul perwatakan Deena sangat berbeza berbanding ketika mengandung anak sulungnya, Muhammad Luth Ali.

“Dua tiga hari ni, selalu saya tenung muka dia waktu dia tidur. 

“Nampak kepenatan dia waktu mengandung kali ni. Berbeza waktu mengandungkan Ali dulu.

“Kali ni dia malas nak bersiap, nak ambik gambar pun tak ada mood, update Instagram sendiri pun dah lupa kot.

“Asyik terbaring je sebab penat sangat, dah lepas 1st trimester ni pun still munt4h-munt4h lagi. Terima kasih sayang,” tulisnya menerusi akaun Instagram (IG).

Dalam pada itu, Saharul atau nama sebenarnya  Mohd Saharul Ridzwan Hashim berharap moga Allah berikan kekuatan kepada isterinya sehingga bersalin.

“Besarnya peng0rbanan awak sebagai isteri dan juga ibu. 

“Kalau boleh saya hadiahkan apa-apa untuk peng0rbanan awak ni, saya akan usahakan tapi awak tak ada mintak apa-apa pulak.

“Ya Allah kurangkanlah keletihan isteriku. Berikanlah dia kekuatan mengharungi membawa nyawa baru dalam hidup kami sekeluarga.

“Ampunkanlah segala dosa-dosanya, limpahkanlah rahmatmu kepadanya dan jadikanlah aku sebaik-baik suami kepadanya. Amin Ya Rabb. Terima kasih sayang,” tulisnya lagi.

Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Gempak

Be the first to comment on "Berikanlah Dia Kekuatan Mengharungi Membawa Nyawa Baru ..” – Saharul Ridzwan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*