Tahniah! Syahmi, Asif & Yoe dapat ‘lamaran’ untuk filem pertama

Siapa tidak mengenali dengan YouTuber serta pelakon-pelakon Drama Spontan iaitu Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey. Mereka bertiga sememangnya sudah menjadi diantara yang popular dalam industri hiburan tanah air.

Drama Spontan lucu daripada tiga pemuda dari Kelantan ini juga sudah cukup sebati buat peminat mereka malah setiap kali episod terbaru drama berkenaan ditayangkan, pasti jumlah tontonan mencecah angka jutaan dan trending di laman Youtube Syahmi sendiri.

Bagaimanapun, kejayaan baru buat tiga pemuda ini pula apabila didedahkan mereka bertiga dapat tawaran untuk filem pertama.

Perkara itu didedahkan Syahmi Sazli sendiri menerusi laman Instagram miliknya yang membuatkan rata-rata mengucapkan tahniah buat kejayaan yang tidak kurang hebatnya.

“Alhamdulillah. Dapat offer untuk filem pertama Mi, Asif & Yoe #ShiftMalamRaya arahan Dato A.Razak Mohaideen. Akan mula shooting 25 Januari.” Tulisnya.

Berita berkenaan juga membuatkan Syahmi Sazli bersyukur selain mendedahkan filem itu merupakan arahan daripada pengarah terkenal, Profesor Datuk A. Razak Mohaideen.

Katanya juga, mereka akan mula untuk shooting pada 25 Januari dan perkongsian Syahmi Sazli ini membuatkan rakan selebriti turut meninggalkan komen.

Dalam pada itu, perkongsian ini juga membuatkan ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah atas perkembangan baik mereka.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Syahmi Sazli via HCL

Be the first to comment on "Tahniah! Syahmi, Asif & Yoe dapat ‘lamaran’ untuk filem pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*