LHDN Berkeras Suruh Bayar Cukai Tertunggak 10 Tahun, BaIu LoIoq Terpaksa Jual Rumah

” Saya rasa panik dan iklankan untuk jual rumah, kerana kena tanggung (tindakan) akibat tak bayar. Kenapa tuntut selepas hampir 10 tahun,”

Demikian baIu kepada penulis lirik tersohor tanah air, LoIoq, terpaksa menjual rumah yang dihuni bersama tiga anak mereka di Petaling Jaya akibat dibebani cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tertunggak bertahun lamanya sejak kem4tian suami tercinta,

Hariah Yaacob dipetik The MaIaysian lnsight berkata dirinya tiada pilihan lain selepas menerima surat LHDN tahun lalu yang menuntut bayaran tunggakan cukai untuk pendapatan selama 10 tahun itu.

Ibu tunggal yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya pada pendapatan hasil royalti LoIoq itu berkata hal yang dikesaIkannya adalah selepas 10 sepuluh tahun, LHDN baru menuntut bayaran cukai tersebut pada tahun lalu.

Jelasnya, ini menyebabkan dia berasa panik dengan bayaran cukai yang sudah banyak tertunggak. Lebih-lebih lagi, menurutnya, royalti yang dinikmati adalah hasil royalti suaminya yang sudah pun mninggaI dnia.

” Saya rasa panik dan iklankan untuk jual rumah, kerana kena tanggung (tindakan) akibat tak bayar. Kenapa tuntut selepas hampir 10 tahun?

” Saya rasa dasar ini perlu diperbaiki kerana ibu tunggal seperti saya dan tidak bekerja. Bagaimana nak tanggung semua ini?

” Selepas arwh dah mninggaI atau pun mana-mana pengkarya dah mninggaI maka pewaris penama dikenakan cukai. Ia seharusnya dikecualikan cukai untuk pewaris dan penama,” katanya meluah kekesalan.

Kata Hariah, perkara itu sudah pun dibawa ke meja perbincangan, namun LHDN berkeras bahawa tunggakan itu perlu dilangsaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sejak kem4tian LoIoq pada 2008, Hariah bergantung kepada pendapatan arwh LoIoq yang tidak tetap daripada Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP).

Antara lagu yang mendapat sentuhan liriknya ialah Tanya Sama Itu Hud-hud (M Nasir), Di Ambang Wati (Wings), Laila Namamu Teratas (Search), Aladin (Spider), dan banyak lagi, terutamanya dengan M Nasir.

LoIoq, atau Rosli Khamis, atau Nurbisa, merupakan penulis lirik yang sangat sinonim dengan komposer dan penyanyi tersohor, M Nasir.

Masalah yang dihadapi Hariah itu mendapat perhatian senator PKR, Yusmadi Yusoff yang berpandangan, seniman terutamanya yang sudah mninggaI dnia wajar diberi pelepasan cukai ke atas royalti mereka.

” Royalti dapat pada baIu tetapi ia dikenakan cukai pendapatan kerana secara perundangan ia adalah pendapatan.

” Untuk seseorang baIu terutama yang bergantung harapan pada arwh dan baIu tak bekerja adalah sangat membebankan sekiranya royalti dikenakan cukai.

” Dalam konteks ini (pelepasan cukai) perlu untuk golongan seni seperti LoIoq yang sangat berjasa membangun pembangunan seni dihargai,” katanya.

Komposer terkenal, Norman Abdul Halim yang juga bekas anggota kumpulan KRU turut menyokong pelepasan cukai diberikan, terutamanya kepada pengkarya yang hanya meraih royalti minimum.

” Ia khususnya bagi artis yang kurang berjaya atau baru meningkat naik. Bagi artis yang berjaya sewajarnya membayar cukai mengikut kadar sedia ada.

” Kerajaan sewajarnya memberi pengecualian cukai bagi pendapatan royalti bergantung kepada satu jumlah minimum yang berpatutan mengikut bilangan ahli keluarga bawah saraannya,” kata Norman, seperti dipetik The Malaysian Insight.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : malaysiakini

Be the first to comment on "LHDN Berkeras Suruh Bayar Cukai Tertunggak 10 Tahun, BaIu LoIoq Terpaksa Jual Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*