Ibubapa Pelakon Cilik Tampil Beri Penjelasan Mengenai Perkongsian Kisah Cinta Mereka

Mungkin ia adalah lumrah dalam proses membesarkan anak, namun setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik dalam memastikan permata hati menjadi individu yang bukan saja cemerlang dari aspek akademik malah mempunyai didikan, jati diri serta disiplin diri terbaik.

Ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai individu yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah yang cemerlang dan terbilang dalam diri anak. Peranan ibu bapa penting kerana apabila ibu bapa memainkan peranan dengan baiknya, masalah yang berkaitan dengan remaja tidak akan berlaku. Ibu bapa juga perlu menitikberatkan hal ehwal anak agar mereka tidak terjebak dengan perkara yang negatif yang mengundang impak kepada masa depan mereka. Ibu bapa harus bertindak dari sekarang agar masalah yang berkaitan dengan remaja dapat diselesaikan.

Perkongsian pelakon cilik Duerra Mitilda di Instagram mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Hezriq Shah yang mendapat restu kedua keluarga mengundang kecaman netizen.Warganet berpendapat, Mitilda yang kini berusia 10 tahun dan Hezriq, 13, masih terlalu muda dan belum sesuai untuk menjalinkan hubungan cinta.

Bapa Mitilda yang ingin dikenali sebagai Amir enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan ia melibatkan hal peribadi anaknya.

“Saya dan isteri yang menjaga dan menguruskan Mitilda. Jadi, saya rasa isu ini tidak perlu la nak dipanjangkan.Pada saya, biarlah netizen nak buat andaian atau spekulasi mengenai perkara itu. Kalau mereka melihat secara baik, maka baik la begitu dan sebaliknya.Ini hal peribadi anak saya dan urusan keluarga saya. Saya harap semua boleh doa yang baik-baik sahaja,” katanya kepada mStar.

Mitilda dan Hezriq dilihat sangat terbuka berkongsi foto dan kisah cinta mereka di laman Instagram yang dikendali ibu bapa masing-masing.Dalam pada itu, Amir memberitahu dia dan isterinya mendidik kanak-kanak itu untuk tidak merahsiakan sesuatu perkara daripada mereka.

Kami didik anak kami supaya tiada rahsia, dari hujung rambut sampai hujung kaki mereka akan cerita dekat kami.Kami bentuk kepercayaan dan kejujuran supaya mereka tidak memberontak dan membuat perkara yang tidak betul di belakang kami,” ujarnya.

Realiti yang tidak dapat disangkal, kebanyakan ibu bapa semakin hari semakin tertekan apabila si anak mula menunjukkan perubahan sikap dan melakukan perkara yang mengundang kemarahan.

Keibubapaan yang bersikap penyayang dan tegas pula adalah corak asuhan ibu bapa yang ala demokratik. Ibu bapa mempunyai banyak permintaan supaya melakukan sesuatu atau mencapai sesuatu, namun anak-anak diberi ruang untuk bersuara dan menyatakan pandangan khususnya dalam membuat keputusan keluarga.

Remaja amat penting kepada negara kerana mereka golongan pelapis dan akan memimpin negara pada masa akan datang. Jika remaja rosak, maka masa depan negara turut musnah. Seyogia ibu bapa mendidik anak dengan baiknya agar mereka mampu menjadi insan yang mampu memimpin negara dengan adil dan bijaksana. Oleh itu, terdapat beberapa peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh ibu bapa dalam membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak.

Sumber:mstar

Be the first to comment on "Ibubapa Pelakon Cilik Tampil Beri Penjelasan Mengenai Perkongsian Kisah Cinta Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*