Pelakon cilik dikecam warganet gara-gara kongsi kisah cinta, bapa enggan campur urusan peribadi anak

Pasangan kanak-kanak, Duerra Mitilda dan Hezriq Shah yang menjalin hubungan cinta mengundang kecaman ramai setelah kisah mereka tular di laman Facebook sejak minggu lalu.

Rata-rata memberikan pendapat bahawa Mitilda yang berusia 9 tahun dan Hezriq, 13 tahun tidak sepatutnya terlalu terbuka mengenai perkara tersebut kerana masih terlalu muda untuk bercinta.

Bapa Mitilda yang dikenali sebagai Amir berkata, dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan kerana melibatkan hal peribadi anaknya yang juga merupakan pelakon cilik.

“Saya & isteri yang menjaga dan menguruskan Mitilda. Jadi saya rasa isu ni tak perlu nak dipanjangkan. Bagi saya, biarlah netizen nak buat andaian atau spekulasi mengenai perkara itu.

“Kalau mereka melihat secara baik, maka baik la begitu. Ini hal peribadi anak saya dan urusan keluarga saya. Saya harap semua boleh doa yang baik-baik sahaja,” katanya.

Tambah Amir, dia dan isteri telah mengajar anaknya untuk tidak merahsiakan sesuatu perkara daripada mereka.

“Kami didik anak kami supaya tiada rahsia, dari hujung rambut sampai hujung kaki mereka akan cerita pada kami.

“Kami bentuk kepercayaan dan kejujuran agar mereka tidak memberontak dan buat perkara yang tidak betul di belakang kami,” ujarnya.

Terdahulu, Mitilda mendedahkan bahawa hubungan dia dan kekasihnya telah direstui dan dipantau oleh ibu bapa masing-masing.

Sumber : mStar / OMM

Be the first to comment on "Pelakon cilik dikecam warganet gara-gara kongsi kisah cinta, bapa enggan campur urusan peribadi anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*