Kumpul Duit Nak Kahwin, Syafie Naswip Berniaga Dan Buat COD Sendiri

April lalu, aktor Syafie Naswip selamat mengikat tali pertunangan dengan aktres Aishah Azman dalam sebuah majlis yang berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras.

Menerusi laporan sebuah akhbar, pasangan itu berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini  namun masih dalam perbincangan kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini, aktor berusia 27 tahun itu kelihatan melakukan perniagaan berasaskan makanan iaitu jeruk mempelam asam boi menerusi laman Instagram miliknya.

VIDEO:

Salah satu komen pengikutnya mengundang perhatian apabila individu berkenaan memuji pelakon filem Mukhsin itu semakin rajin mencari pendapatan setelah bergelar tunangan orang.

Dah nampak matang…

Bukan itu sahaja, dia turut menghantar sendiri makanan, Cash on delivery (C.O.D.) kepada para pelanggan dan peminatnya di beberapa lokasi yang ditetapkan.

Kegigihan Syafie sebagai anak tunggal mendapat pujian ramai yang rata-rata mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Semoga bertambah rezeki

Rajin betul Ayie!

Semoga terus berjaya!

Bisnes terus maju!

COD sendiri, tak sombong!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Syafie Naswip / KLMENJERIT.GA

Be the first to comment on "Kumpul Duit Nak Kahwin, Syafie Naswip Berniaga Dan Buat COD Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*